Realtime website trackingweb stats

Sakit dada semasa tidur rupanya ‘signal’, doktor ini dedah pesakit jantung dah ramai hinggap anak muda

Oleh SHAZLIN AZIZ

Bagi anak muda yang tiba-tiba sakit dada semasa tidur rupanya itu ‘signal’ penyakit serius yang tidak harus diabai begitu saja.

Seorang ahli kardiologi, Dr. Muhammad Imran Abdul Hafidz memberitahu serangan jantung pada usia muda sudah jadi trend dan lazim beliau jumpa.

Dalam masa sama, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin pernah mendedahkan penyakit jantung iskemik (ischaemic heart diseases) kekal menjadi penyebab utama kematian di Malaysia.

Sakit-dada-semasa-tidur-rupanya-'signal',-doktor-ini-dedah-pesakit-jantung-dah-ramai-hinggap-anak-muda 01

Lebih 18,500 kematian atau 17 peratus daripada 109,155 kematian yang disahkan secara perubatan pada tahun itu adalah akibat penyakit jantung iskemik.

Menurutnya, penyakit yang menjadi penyumbang utama kematian di negara ini sejak lebih 20 tahun lalu, mencatatkan lonjakan ketara dalam tempoh 20 tahun berbanding 11.6 peratus pada tahun 2000.

Ikuti perkongsin pengalaman DR. MUHAMMAD IMRAN berhubung penyakit yang menjadi penyebab banyak kes kematian di negara ini:

Pada pagi 27 Februari 2022, saya buat angioplasty untuk seorang pemuda 30-an. Saya dapat panggilan pukul 5 pagi untuk review individu yang mengadu sakit dada pukul 3 pagi semasa tidur.

Alhamdulillah. Dia tergerak hati nak datang hospital check sakit punca dadanya. Sebaik sahaja ECG dibuat dan menunjukkan serangan sakit jantung, saya di telefon.

Alhamdulillah. Dalam masa kurang daripada 90 minit dari saat dia tiba di hospital, kami sudah berjaya habiskan prosedur angioplasty untuk membuka saluran darah “right coronary artery”nya yang tersumbat 100 peratus.

Saya tiada pilihan lain tetapi memasukkan satu stent berukuran 48 mm (stent paling panjang) sebab block dia memang panjang. Pengaliran darahnya lancar balik selepas itu. Sakit dadanya hilang, tekanan darahnya stabil balik.

Dalam masa 4 minggu saya sudah angioplasty tiga orang yang berumur kurang dari 40 tahun masing-masing berumur 29, 35 dan 37 tahun. Semakin muda dah ni.

Ada seorang pesakit kata dia tengok perlawanan bola sepak sebelum tidur. Tak tahulah kalau stres tengok pasukan disokong kalah.

Apa-apa pun, kita ambil iktibar. Semoga kita semua lakukan pemeriksaan kesihatan masing-masing. Pastikan gaya hidup sihat.

 

Baca :

Kalau betul anak Melayu, cuba jawab 20 teka-teki berusia lebih 100 tahun ini 

Warna sebenar matahari bukanlah kuning atau oren macam kita selalu nampak, tapi… 

Buat Sahajalah Ikut Kepala Kau!” – Shaarnaz Ahmad berang dengan Azhar Sulaiman