Tindakan mulia Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin, dalam mempermudahkan usaha bantuan mangsa banjir
oleh personaliti media sosial terkenal, Khairul Aming, baru-baru ini mendapat pujian ramai.
Kepercayaan Penuh kepada Khairul Aming
Dalam wawancara bersama Molek FM, Ameer berkongsi bagaimana beliau memutuskan untuk membantu Khairul Aming dalam misi tersebut
Menurutnya, keputusan itu dibuat kerana beliau percaya sepenuhnya kepada pempengaruh tersebut.
“Ketika itu saya sedang skrol telefon, kemudian nampak Khairul Aming buat siaran langsung dari Kelantan. Saya nak tahu juga keadaan banjir di sana.
“Bila dengar dia cakap susah nak beli barang, saya terus beritahu dia supaya pergi saja ke mana-mana cawangan Mydin. Saya kata, ‘Lepas banjir nanti kita kira. Maksudnya, beri hutang dulu.’
“Saya percaya pada Khairul Aming, lebih-lebih lagi dalam situasi darurat seperti ini,” jelasnya.
Niat Ikhlas untuk Membantu
Ameer turut mendedahkan bahawa bukan hanya Khairul Aming, tetapi beberapa pihak lain seperti NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) juga menggunakan pendekatan serupa.
“Ramai juga NGO dan GLC yang ambil barang dulu, hanya menelefon kami untuk buat pesanan. Barang itu mesti dihantar segera, duit kita kira kemudian.
“InsyaAllah, semuanya akan bayar. Kalau ada yang tidak mampu bayar pun, kita halalkan saja. Mereka buat kerja baik untuk membantu orang yang memerlukan,” tambah Ameer.
Komitmen Mydin dalam Krisis
Pendekatan Ameer ini bukan sahaja menunjukkan kepercayaan beliau terhadap usaha murni Khairul Aming dan pihak lain, tetapi juga mencerminkan komitmen Mydin
untuk membantu masyarakat ketika berdepan bencana. Sikap dermawan beliau menjadi inspirasi kepada ramai pihak dalam menjalankan tanggungjawab sosial.
BACA: Elak tukar duit di airport atau hotel, ini sebab ramai tak tahu