Realtime website trackingweb stats

Rupanya ini sebab kenapa Musa Aman dilantik sebagai TYT Sabah yang baharu

Oleh ABDULLAH HAMID

Musa Aman, yang hari ini menerima surat pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

Di Istana Negara, merupakan Ketua Menteri Sabah yang paling lama berkhidmat untuk negeri itu.

Politikus berpengalaman ini, yang kini berusia 73 tahun, memulakan tugasnya sebagai Ketua Menteri Sabah Ke-14

pada 27 Mac 2003 dan memegang jawatan tersebut selama lima penggal, sehingga 12 Mei 2018.

Musa juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga selama enam penggal (1994 hingga 2020) dan pernah memegang pelbagai jawatan penting,

Rupanya ini sebab kenapa Musa Aman dilantik sebagai TYT Sabah yang baharu

Termasuk Menteri Kewangan Sabah, Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah, dan Konsul Kehormat Malaysia di Bangladesh.

Dilahirkan pada 30 Mac 1951 di Beaufort, Musa memulakan langkah politiknya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 1990 apabila mewakili Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) untuk bertanding di kerusi DUN Sugut, Sandakan, walau bagaimanapun beliau tewas dalam pertandingan tersebut.

Musa memainkan peranan penting dalam pengembangan Umno di Sabah dan dilantik sebagai Bendahari Penaja Umno Sabah yang pertama, Ketua Umno Libaran, dan akhirnya menjadi Bendahari BN Sabah pada 1992.

Pada PRN Sabah 1994, beliau mencatat sejarah dalam kerjaya politiknya apabila mewakili Barisan Nasional (BN) untuk pertama kali dan memenangi kerusi DUN Sungai Sibuga dalam pertandingan empat penjuru. Musa berjaya mempertahankan kerusi tersebut selama enam penggal sehingga 2018.

Sebagai bekas Pengerusi Umno Sabah dari 2013 hingga 2018, Musa tidak bertanding semula di kerusi DUN Sungai Sibuga pada PRN 2020.

Selain dalam bidang politik, Musa juga memiliki pengalaman luas dalam perniagaan dan pernah memegang pelbagai jawatan penting seperti Pengerusi Eksekutif Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco), Pengarah Yayasan Sabah, Ketua Pegawai Eksekutif Innoprise Corporation Sdn Bhd, dan Pengerusi Sabah Softwood Sdn Bhd.

Musa juga pernah menjadi Pro-Canselor Universiti Malaysia Sabah, Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah, dan Presiden Dewan Perdagangan Bumiputera Sabah.

Pendidikan awal Musa diperolehi di Sekolah Rendah Kerajaan Mempagar, Limbawang, Beaufort, sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah St Paul Beaufort, Maktab Sabah, dan menamatkan pengajian menengah di Sekolah Menengah All Saints, Kota Kinabalu.

Beliau kemudiannya memperoleh Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Edith Cowan University, Australia.

Pada 2017, Musa dikurniakan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, dan Seri Panglima Darjah Kinabalu (Kelas Pertama) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima pada 2006.

Musa mendirikan rumah tangga dengan Faridah Tussin dan dikurniakan tiga anak lelaki serta seorang perempuan.

Musa akan menggantikan Juhar Mahirudin, yang telah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah selama empat penggal bermula pada 1 Januari 2011.

BACA: Ini 5 rahsia Yang di-Pertuan Agong bakal buat ramai terkejut