Realtime website trackingweb stats

Rupanya cermin bukan sekadar hiasan, ini 5 kepentingan letak cermin dalam rumah ramai tak tahu

Oleh SHAZLIN AZIZ

Tahukah anda bahawa cermin mempunyai lebih banyak faedah selain daripada sekadar untuk tujuan solekan?

Sebenarnya, terdapat pelbagai kegunaan untuk cermin, terutamanya sebagai elemen dekoratif dalam ruang kediaman kita.

Mari kita kongsikan 5 Kebaikan Cermin Dalam Reka Bentuk Hiasan Dalaman.

1. Penghasilan Ilusi Ruang

Penggunaan cermin di ruang-ruang yang sempit dapat membuatkan sesebuah ruang itu tampak lebih luas.

Tips : Letakkan cermin yang besar atau beberapa cermin yang sama di lorong-lorong sempit di dalam kediaman anda.

2. Meningkatkan Pencahayaan Sesebuah Ruang

Sekiranya anda ada ruang atau bilik yang kurang terang, cermin dapat membantu mengatasi masalah tersebut.

Tips : Gantung cermin berdekatan dengan tingkap ataupun “chandelier” yang mampu menghasilkan pantulan cahaya & keindahan.

3. Meningkatkan Nilai aestetik Ruang

Rupanya cermin bukan sekadar hiasan, ini 5 kepentingan letak cermin dalam rumah ramai tak tahu

Cermin dapat mewujudkan suasana tenang dan cantik bagi sesebuah ruang.

Tips : Gunakan pantulan cermin untuk menarik perhatian dengan menggunakan barang yang cantik seperti pasu dan elakkan kawasan bersepah seperti meja yang berselerak.

4. Menutup Ketidaksempurnaan Dinding

Setelah bertahun tinggal di sesebuah kediaman, mungkin terdapat kesan-kesan yang mencacatkan dinding anda!

Tips : Gantungkan cermin di dinding yang terdapat kesan yang kurang menarik. Hasilnya dapat menjimatkan masa daripada mengecat atau sebagainya.

5. Menambahkan Keselamatan Dalam Kediaman

Rupanya cermin bukan sekadar hiasan, ini 5 kepentingan letak cermin dalam rumah ramai tak tahu

Perasan tak, di kedai serbaneka cermin besar digunakan untuk mengawal keselamatan kedai.

Tips : Memasang cermin di pelbagai bahagian rumah boleh memberi kesan agar anda sentiasa peka terhadap sekitar anda.

Rupanya banyak kebaikan cermin ni. Ia tidak hanya digunakan untuk tujuan untuk bersolek, tetapi juga boleh digunakan sebagai aksesori untuk menghias rumah Anda.

So, jomlah cuba hari ini !

Baca:

 Tesla sebenarnya buka ibu pejabat bukan kilang, ini 11 fakta wajib tahu elak salah faham

Gah saja Hamid Gurkha dapat anugerah, anak pelawak veteran ini kongsi cerita susahnya tuntut hadiah RM10,000

Isteri wajib tahu 7 tanda ini suami sebenarnya sangat ‘setia’ dengan anda