Melepasi satu pertiga Ramadan, ‘pecah rahsia’ rupanya ada semacam kasta dalam saf perempuan selain gejala cop tempat yang mengakibatkan saf Muslimat terputus.
Hal itu hangat diperkatakan di media sosial susulan perkongsian gambar keadaan saf kaum Hawa yang ‘rongak’ dengan ramai berkelompok malah tunggal di masjid berkenaan.
Seorang wanita memberitahu suaminya, Zamir Mohyedin berkenaan 5 sebab mengapa keadaan begitu terjadi:
1) Malas nak bangun dan pindah sebab nanti kena angkut sejadah dan barang lain sekali. Selepas ini, tak payahlah bawa sejadah. Tikar masjid itu bersih dan selesa dah nak buat solat.
2) Sebab mereka bawa sejadah, jadi rapatkan saf maknanya rapatkan sejadah. Bukan rapatkan bahu.
3) Nak duduk di tempat yang dia selesa. Nak menyandar, nak bawah kipas, nak dekat dengan pintu keluar, dan sebagainya.
4) Nak duduk sekali dengan geng dia. Siap cop tempat. Kalau orang lain ambil tempat itu, dia kena tegur “kat sini dah ada orang”. Dah macam kedai makan.
5) Ada kasta dalam saf. Yang tua duduk saf depan sekali. Hang muda-muda kalau pergi saf depan, hang kena tegur, “ini untuk orang tua-tua”.
Saya dapat tahu benda ini dah lama dah. Tapi ramai juga perempuan yang sedar dan peka dengan kesilapan ini.
Mereka ini kadang tegur sesama mereka suruh rapatkan saf ke tengah. Jangan ada lompong.
Tapi buat tak tahu je dengan teguran itu. Lebih ramai yang tak sedar dengan kepentingan rapatkan saf masa solat jemaah ini yang menyebabkan keadaan ini tak berubah lagi.
Baca:
Tragis! Anak maut dari tingkat 16, ibu tak sempat capai sebelum jatuh
Ibu dedah ada kesan merah di leher, guru lima anak miang luah rasa cinta kepada pelajar sendiri
Elak kena kompaun, jangan buat kesalahan ini menjelang perayaan Aidilfitri