Realtime website trackingweb stats

Rupanya 126 sampel makanan di bazar Ramadan KL dicemari kuman, ini 3 ‘strain’ bakteria utama bukti tidak bersih

Oleh ABDULLAH HAMID

Terdapat 126 sampel makanan bazar Ramadhan di KL telah dicemari oleh kuman mengikut analisis Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Jumlah itu mewakili 11.9 peratus sampel makanan bazar Ramadhan telah dicemari oleh kuman.

Setakat 29 Mac lalu, DBKL mengambil sebanyak 1,060 jenis sampel makanan dari pelbagai bazar.

Kesemua sampel itu dihantar ke Makmal Pusat Analisis dan sekuriti Makanan (FOSAC) JKAS, DBKL yang terletak di Pasar Borong Kuala Lumpur.

Sebanyak 82 kompaun serta notis dikeluarkan terhadap peniaga bazar Ramadan sekitar ibu negara berikutan pengendalian makanan tidak memuaskan.

Peniaga bazar terbabit melanggar Seksyen 6(1) Undang-Undang Pengendalian Makanan WPKL (1979), iaitu makanan kotor atau mengandungi bahan asing.

Terdapat tiga ‘strain’ bakteria utama yang dijumpai dalam pemeriksaan:

1. E.Coli

2. Coliform

3. Staphylococcus.

Kewujudan bakteria terbabit petunjuk terhadap pengendalian sepanjang proses makanan disiapkan

Jelas DBKL, kehadiran bakteria tersebut berkait rapat dengan proses penyediaan makanan yang tidak bersih, dimasak tidak sempurna atau kebersihan diri pengendali makanan tersebut yang tidak memuaskan.

“Seramai 2,404 peniaga juga telah diperiksa. Kompaun dan notis turut dikeluarkan atas kesalahan tidak mengambil suntikan vaksin tifoid dan diletakkan mengikut Undang-undang Kecil Pengendalian Makanan (1979) serta Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja WPKL (2016),” kata DBKL.

Selain itu, teguran dan amaran juga diberikan kepada peniaga agar menjaga kebersihan dan keselamatan makanan antaranya dengan memastikan makanan tidak terdedah lama dan ketulan air batu tidak diletak di atas lantai atau jalan.

“Peniaga turut diingatkan mengenai “zero single use plastic” dan menggunakan bahan yang mudah terurai.

“Para pembeli dinasihatkan agar memilih makanan yang bersih, sihat dan selamat serta pada masa yang sama turut digalakkan membawa bekas makanan sendiri,” pesannya.

Baca:

Litar Horizon Beranang dah nak siap, buat kerja tak banyak sembang tak macam MB Kedah

Tips beli baju raya bayi agar anak kelihatan selesa & bergaya

Jadual makan ubat secara teratur sepanjang Ramadan, barulah tak tercicir