Sebahagian perkara mungkin dianggap remeh atau tidak penting, seperti cara melipat sejadah atau tikar sembahyang.
Banyak dari kita mungkin tidak ambil berat atau tidak tahu bagaimana cara melipat sejadah dengan betul
yang boleh menjaga kebersihannya dan mengelakkan daripada menjadi kotor.
Sesetengah orang mungkin fikir hanya perlu dilipat dan disusun dengan kemas sudah mencukupi.
Tetapi tahukah anda, cara melipat sejadah yang tidak betul boleh menyebabkannya menjadi kotor atau tidak dalam keadaan yang suci.
Seorang lelaki yang dikenali sebagai Ustaz Hakim telah menunjukkan cara melipat sejadah dengan betul.
“Islam menekankan sangat tentang kebersihan dan kesucian, termasuk dalam perkara-perkara yang kecil. Oleh itu, penting untuk kita semua mengamalkannya,” katanya dalam video yang dimuat naik di Facebook.
Dalam video berdurasi 41 saat itu, Ustaz Hakim mendemonstrasikan cara lipatan yang betul.
“Kita lipat seperti ini, dengan kedudukan kaki di bahagian bawah dan kepala di bahagian atas. Jadi tidak baik jika kaki yang pijak tanah dan kotor diletakkan di bahagian kepala sejadah. Jadi, kaki bersama kaki, dan kepala bersama kepala,” jelasnya.
Perkongsian ini menarik perhatian netizen, beberapa di antaranya mengakui bahawa mereka baru mengetahui teknik melipat sejadah dengan betul ini.
“Hanya dua langkah mudah untuk menjaga kebersihan dan kesucian ibadah solat,” tambahnya.
BACA: Rumah tiada kipas atau aircond tapi tetap sejuk ketika cuaca panas, lelaki ini dedah caranya