Pemilik nama Muhammad Alif Bin Mohd Satar itu berkata, kedua-dua pelakon wanita tersebut sedia maklum mengenai ‘pantang larang’ yang ditetapkannya.
“Saya sedang mempromosikan filem Reeza GTR yang akan ditayangkan pada 17 Oktober ini.
Saya sudah tahu apa batasan dan pelakon wanita itu juga memahami perkara tersebut.
Mereka tahu untuk menjaga jarak walaupun saya tidak menyuruh mereka
. Namun, pasukan pemasaran mungkin mempunyai cara yang lebih baik untuk mempromosikannya,” katanya.
Alif, yang berusia 34 tahun, menjelaskan bahawa apa yang dilakukan adalah permintaan daripada pasukan pemasaran filem tersebut.
Terdahulu, video tarian Alif bersama Sophia dan Nelissa telah mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan warganet. Difahamkan, mereka melakukan ‘joget TikTok’ itu untuk mempromosikan filem terbaru mereka, Reeza GTR, yang bakal ditayangkan di panggung wayang tidak lama lagi.
Ada yang berpendapat bahawa tindakan Alif dianggap tidak selari dengan imejnya dalam kempen ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ yang digerakkan sejak tahun lalu.
Namun, Alif memberitahu orang ramai tidak perlu mengaitkan tindakannya dengan kempen berkenaan kerana tiada manusia yang sempurna dan pasti akan melakukan kesilapan.
“Jika orang mengaitkan dengan kempen Geng Subuh Macam Jumaat, itu memang tanggungjawab sebagai Muslim dan saya bangun pagi untuk solat subuh.
Saya tidak pernah mengatakan bahawa melakukan kempen ini membuatkan saya terlepas daripada kesilapan. Saya tidak boleh anggap begitu.
“Tapi, secara peribadi, saya tahu batas yang perlu dijaga. Jika diteliti video tersebut, memang tidak ada sentuhan dan jarak antara kami juga jauh. Jadi, terpulang kepada mereka untuk memberikan pendapat masing-masing,” jelas Alif Satar.
BACA: Pakai 3 lapis sweater pun mengigil! Ini 9 negara paling sejuk, suhu bawah -70c!