Realtime website trackingweb stats

Rimas rambut gugur dan nipis, guna kiub limau purut bercampur santan saja, memang mudah

Oleh AHMAD ISMAIL

Seorang pengguna laman X berkongsikan petua untuk menghentikan rambut gugur dan nipis hanya menggunakan bahan di dapur saja.

Beliau hanya menggunakan bahan semulajadi sahaja bagi mengembalikan rambut yang sihat dan lebat.

Ikuti 4 cara mudah untuk menghasilkan kiub limau purut ini:

1. Potong kecil-kecil beberapa biji buah limau purut.

2. Masukkan potongan kecil limau purut tadi ke dalam pengisar dan campur dengan semangkuk santan.

3. Selepas selesai kisar, masukkan campuran bahan limau purut dan santan itu ke dalam bekas ais kiub.

4. Letak dalam peti sejuk di bahagia ‘freezer’ selama kira-kira enam jam.

Selepas itu, kiub limau purut tadi boleh diguna dengan hanya menyapukan saja pada rambut.

Lakukan dalam dua minggu sekali dan alami perubahan yang akan menggembirakan anda tanpa perlu banyak mengeluarkan kos yang tinggi.

Sumber:

Baca:

Gaza dibom tanpa henti, setiap rakyat Palestin jadi sasaran, ini 10 fakta terkini wajib tahu

Lega isteri selamat bersalin ketika bom hujani Gaza tetapi balik rumah, ini pula yang terjadi

Heboh dah ada aiskrim vanila diperbuat daripada plastik, konon selamat dimakan tapi ramai ragu