Seorang lelaki mendapat tuah apabila membeli sebuah lukisan dengan harga $30 (RM125),
Namun tanpa disangka, lukisan tersebut sebenarnya bernilai jutaan ringgit, lapor CNN.
Lukisan dari abad ke-16 oleh pelukis terkenal zaman Renaissance Jerman ini dibeli oleh Clifford Schorer, seorang pengumpul seni dan konsultan galeri seni.
Menurut Agnews Gallery, lukisan tersebut kemudiannya dikenalpasti sebagai “The Virgin and Child,”
karya legasi seorang tokoh ternama Jerman, Albrecht Dürer, yang meninggal dunia pada tahun 1528.
Schorer menceritakan bahawa dia secara kebetulan menemukan lukisan tersebut pada tahun 2019 ketika dalam perjalanan ke sebuah pesta di Massachusetts. Memikirkan bahawa dia belum membeli hadiah untuk pesta tersebut, Schorer singgah di sebuah kedai buku yang turut menjual barangan terpakai.
Pemilik kedai memberitahu Schorer dan rakannya bahawa dia mempunyai lukisan Dürer dan bertanya sama ada mereka ingin melihatnya. Walaupun bersetuju, Schorer mengaku tidak meletakkan harapan tinggi kerana karya pelukis legenda itu terakhir kali ditemui lebih 100 tahun lalu.
Menurut Schorer, lukisan ini dibeli dari jualan garaj di rumah seorang arkitek yang menerima lukisan tersebut dari ayahnya yang merupakan peniaga karya seni.
Mengenai penemuan ini, Schorer menyifatkan pengalaman tersebut sangat mengujakan. “Apabila anda berada dalam dunia saya, anda akan menghabiskan seumur hidup mencari sesuatu yang tidak pasti, yang membawa kepada penyelidikan yang menarik,” katanya.
Schorer merasakan dirinya berada pada permulaan sesuatu yang menakjubkan dan selama tiga tahun, dia telah terbang sebanyak 17 kali untuk mendapatkan konsultasi daripada pakar-pakar di seluruh dunia.
Dia juga menemui pakar dari Muzium British di London untuk menyelidik lukisan “The Virgin and Child” bersama karya-karya Dürer yang lain.
Setelah melalui analisis teknikal usia dan mempertimbangkan ciri khas karya Dürer, Schorer percaya bahawa lukisan tersebut bernilai lapan angka, melebihi $10 juta (RM41.78 juta).
BACA: Mak mertua punca utama penceraian dedah Bella Astillah