Realtime website trackingweb stats

Resipi turun-temurun cucur udang lembut di luar garing di dalam, sesuai buat kudapan petang!

Oleh NURAIMAN

 

Dalam artikel ini mempunyai resepi membuat cucur udang yang lembut di dalam dan garing di luar dengan mudah di rumah.

Prosedurnya sangat mudah, menjimatkan, dan menjamin kebersihan.

Yang paling penting, anda akan dapat menikmati hidangan dengan penuh kepuasan.

Macam mana nak buat, ikut je resipi yang dikongsikan di bawah:-

Bahan-bahan:

Resipi turun-temurun cucur udang lembut di luar garing di dalam, sesuai buat kudapan petang!

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu makan yis (mauripan)
  • Air sejuk (boleh agak-agak)
  • Segenggam tauge
  • Sedikit kucai (potong 3cm)
  • 1/2 batang lobak merah (parut memanjang)
  • Udang secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Cara membuat:

1. Letakkan tepung dalam bekas, kemudian campurkan serbuk kunyit, yis, dan garam. Gaulkan dengan rata.

2. Tuangkan air secara beransur-ansur sehingga adunan tidak terlalu cair atau pekat.

3. Masukkan tauge, kucai, dan lobak merah ke dalam adunan. Gaulkan dengan rata dan biarkan meresap selama 30 minit.

4. Panaskan minyak (gunakan minyak yang mencukupi), kemudian rendam senduk bulat besi (digunakan sebagai acuan untuk membuat cucur) dalam minyak yang telah dipanaskan.

5. Tuangkan adunan cucur ke dalam senduk tersebut dan letakkan sekeping udang di tengah-tengahnya.

6. Masukkan senduk ke dalam minyak panas sambil goyang-goyangkan perlahan-lahan sehingga adunan cucur terlepas dari senduk.

7. Goreng cucur sehingga berwarna keemasan, angkat dan toskan minyak sebelum dipotong.

8. Sedia untuk disajikan dengan kuah kacang atau sos cili.

Selamat mencuba!

Baca:

Ramai persoal boleh ke KJ jadi pelakon, ini komen Erma Fatima

Misi Bantuan Kemanusiaan Kecemasan 110 bukti PM Anwar serius bantu rakyat Palestin

Keadaan semasa tak menentu, Selangor FC sah tidak hadir Piala Sumbangsih 2024