Realtime website trackingweb stats

Resipi sambal kelantan yang patut anda cuba, sesuai makan dengan pelbagai lauk

Oleh SHAZLIN AZIZ

Hidangan berbuka tidak akan lengkap tanpa sambal.

Di Kelantan, Sambal Kelantan sangat popular.

Ia sangat sesuai dimakan dengan berbagai jenis nasi.

Resipi sambal kelantan yang patut anda cuba, sesuai makan dengan pelbagai lauk

Jika anda pernah menghadiri kenduri di Kelantan, anda pasti akan menikmati sambal ini.

Buatlah dalam jumlah yang banyak karena sambal ini dapat bertahan hingga sebulan jika disimpan dalam peti sejuk.

Semakin lama disimpan, semakin sedap rasanya.

Anda boleh mencuba resepi yang dikongsikan oleh saudari Ruby Suhana Said ini.

Bahan-bahan:

• 4 biji bawang holland – dibakar/ panggang
• 1 labu bawang putih – dibakar/ panggang
• 4 biji tomato – dibakar/ panggang
• 6 biji cili merah
• 1 genggam cili api – ikut tahap pedas masing-masing
• 8 biji limau kasturi – kisar bersama kulit
• 1 cawan cuka
• 2 keping kecik / 1 keping besar Gula Nisey (Gula kerek)
• 4 sudu makan gula putih – ikut tahap manis digemari
• Sedikit garam

Cara-cara memasak:

1. Goreng atau panggang bawang Holland, bawang putih, dan tomato.

2. Selepas itu, letakkan bahan-bahan yang telah digoreng dan bahan-bahan lain ke dalam pengisar.

3. Tumbuk semua bahan tanpa menambahkan air.

4. Biarkan sambal tersebut berendam beberapa jam dalam bekas sebelum dimasukkan ke dalam balang.

5. Jika membuat dalam jumlah yang banyak, simpan sambal dalam peti sejuk supaya dapat bertahan lebih lama.

Semoga berjaya!

Sumber: Ruby Suhana Said

Baca:

Elak tauke minyak sentiasa untung, pembeli perlu bijak isi minyak dalam jumlah liter, bukan RM

Guru lukis mural Sofyank di dinding sekolah, layak dilabel sebagai contoh yang baik untuk anak muda

Terpalit kes saman produksi, Hun Haqeem terkejut tapi enggan bermasam muka