Realtime website trackingweb stats

Resipi parfait yogurt kurma juadah berbuka yang menyelerakan, mudah dan sekejap saja nak buat

Oleh NURAIMAN

Sajian parfait iaitu pencuci mulut yang disejukkan ini mudah dan sekejap saja untuk disediakan.

Ais krim yang dilapis berselang-seli antara buah-buahan dengan sirap berperisa memang menyelerakan.

Tekstur yang luar biasa dan lembut menerusi bahan seperti yogurt boleh ditambah dengan bijirin pilihan untuk memberi kelainan pada profil rasa sajian terbabit.

Resipi parfait yogurt kurma juadah berbuka yang menyelerakan, mudah dan sekejap saja nak buat

Cubalah parfait yogurt kurma ini yang hanya mengambil masa antara 10 hingga 30 minit untuk disediakan.

PARFAIT YOGURT KURMA

Bahan-bahannya:

– 2 cawan yogurt

– 10 kurma dan biji diasingkan

– 1 sudu besar madu

– 10 biji badam (direndam dan kulitnya dibuang)

Penyediaannya:

1. Kisarkan semua bahan kecuali bersama sebahagian badam yang direndam. Kisar bahan sehingga menjadi tekstur puri.

2. Alihkan bahan dikisar itu ke dalam gelas hidangan.

3. Kemudian hias parfait itu dengan titisan madu dan baki badam tidak dikisar.

4. Sejukkan parfait ke dalam peti dingin kira-kira 20 minit sebelum dihidangkan. Boleh tambah kurma yang dicarik halus atau empingan lain.

@rickmatharu Kickstart Your Busy Week with a Greek Yogurt Parfait! 🌞 We all get busy, and it’s hard to pack some wholesome food into your day. I know myself, by Thursday and Friday, I’m reaching for the fries. 🍟 (Quality control, I swear) But here’s a game changer: a Greek Yogurt Parfait! It’s quick to whip up, nutritious, and will keep you energized. Layer up some creamy unsweetened Greek yogurt (sometimes i’ll add chocolate protein powder), crunchy granola, a hint of vanilla, a drizzle of sweet maple syrup, and top it off with some vibrant berries. 🍓🍯 It’s a protein-packed delight that will surely satisfy those morning hunger pangs and keep you away from those tempting fries! 💪 What’s your go-to wholesome snack? Share below and let’s inspire each other to keep our snack game strong and healthy! 💚 #HealthyEats #ProteinPacked #SnackSmart ♬ original sound – Rick Matharu

Baca:

Rupanya tanaman pun perlu kena ‘diugut’, ini antara petua agar pokok cepat berbuah

Pelbagai resipi bubur yang boleh buat di rumah, kombinasi rasa lemak & manis memikat selera

Roti kalau dah habis jangan dibuang tag, boleh guna untuk kreativiti lain