Realtime website trackingweb stats

Resipi ayam masak berlado terpaling mantap! Pasti bertambah-tambah nasi

Oleh NUR KASIH

Menu ayam pedas goreng adalah pilihan makanan yang banyak disukai.

Walaupun banyak yang tahu cara membuatnya, rasanya akan lebih sedap jika ditambahkan satu bahan rahsia.

Selain ayam, anda juga boleh mencuba resepi ini dengan ikan, sotong, udang, paru-paru, dan lain-lain mengikut selera anda dan keluarga.

Resipi ayam masak berlado terpaling mantap! Pasti bertambah-tambah nasi

Bahan-bahan:

• Cili besar hijau dan merah
• Cili padi merah
• Belacan *bahan rahsia
• Gula
• Sos tiram

Cara penyediaan:

1. Basuh ayam dengan bersih dan goreng sehingga rangup.

2. Goreng kentang dan letakkan di tepi.

3. Kisarkan semua bahan yang telah disebutkan dan tumis sehingga masak. Pastikan minyak keluar untuk mengelakkan masalah perut.

4. Selepas itu, tambahkan sedikit sos tiram dan kacau rata.

Setelah siap, hidangkan dengan nasi panas dan kicap.

Anda juga boleh menambah jumlah cili mengikut selera.

Selamat mencuba!

Sumber: Mira Muchie

Baca:

Elakkan minuman berkafein antara tips mudah bangun awal pagi

Tak rela dinodai, wanita lapor polis ‘rider’ mabuk buat aksi tak senonoh

5 idea menu sahur ini mudah disediakan, kenyang membawa sampai ke waktu berbuka