Realtime website trackingweb stats

Resipi ayam bawang ‘surrr’, tak perlu susah-susah pergi mamak

Oleh SHAZLIN AZIZ

Tidak lengkap makan di restoran mamak tanpa hidangan ayam bawang.

Mizah Ngatiman berkongsi bahawa menu ini adalah kegemaran di restoran nasi kandar kerana mudah disediakan.

Mari kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dan langkah-langkah untuk membuatnya:

Resipi ayam bawang 'surrr', tak perlu susah-susah pergi mamak

Bahan-bahan:

• 1/2 ekor ayam (lumur serbuk kunyit dan garam, kemudian goreng seperti biasa)
• 3 biji bawang merah besar (Hiris dan goreng. Banyak lebih menyedapkan)
• 1 biji bawang merah besar
• 3 ulas bawang putih
• 2 inci halia (kisar)
• Daun kari
• Daun pandan
• Serai (diketuk)
• Rempah empat sekawan
• 2 sudu besar serbuk cili
• 1 sudu besar serbuk kari daging
• 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
• 1 sudu besar sos tiram
• 1 sudu besar sos cili
• Kicap manis (renjiskan)
• Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara penyediannya:

Resipi ayam bawang 'surrr', tak perlu susah-susah pergi mamak

1 – Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan rempah empat sekawan bersama-sama dengan daun pandan dan serai.

2 – Masukkan bahan yang telah dikisar dan biarkan ia pecahkan minyak.

3 – Kemudian tambahkan tiga jenis serbuk dan tumiskan sehingga minyak pecah sekali lagi.

4 – Setelah minyak pecah, tambahkan sedikit air bersama-sama dengan sos tiram, sos cili, garam, dan gula mengikut citarasa.

5 – Campurkan kicap manis dengan rasa yang sesuai.

6 – Tunggu sebentar sehingga kuah menjadi sedikit pekat, kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi.

7 – Tambahkan bawang goreng dan kacau rata.

8 – Anda sudah bersedia untuk menyajikan hidangan ini.

Selamat mencuba!

Baca:

Senarai pilih langsir yang wajib anda tahu & elak rugi!

Akhirnya pemilik bagasi berisi RM500,000 muncul, tapi masalah lain pula timbul

Selepas merayu pekerjaan, bapa 11 anak ini sekarang dah jadi model baju Melayu dan promosi jenama daging kambing perap