Realtime website trackingweb stats

Resipi aiskrim goreng guna teknik simpan dalam ‘fridge’ untuk dapatkan tekstur rangup luar & padat di dalam, cubalah!

Oleh HADI KAMARUDIN

Selama ini kita selalu makan aiskrim biasa je, kadang-kadang kita semua suka juga mencuba pencuci mulut yang unik iaitu aiskrim goreng.

Walaupun nampak senang, tapi tak semua orang berjaya buat sampai aiskrim tu tak cair.

Tapi kalau cuba cara yang Wawa Syaida kongsikan dalam blognya, mesti boleh berjaya.

Bahan-bahan:

  • Roti Gardenia
  • Aiskrim apa-apa perisa
  • Minyak untuk menggoreng

Resipi aiskrim goreng guna teknik simpan dalam 'fridge' untuk dapatkan tekstur rangup luar & padat di dalam, cubalah!

Cara-cara:

1. Ambil sekeping roti dan letakkan aiskrim di tengah roti itu.

2. Ambil satu lagi roti dan letak di atas roti tadi.

3. Ambil cawan untuk tekan di tengah-tengah roti tersebut. Tekan dengan kuat dan potong sekeliling roti yang berlebihan (bahagian luar cawan).

4. Keluarkan bahagian bulat yang terbentuk di dalam cawan dengan berhati-hati.

5. Lakukan langkah yang sama dan buatlah mengikut bilangan yang dikehendaki.

6. Simpan roti yang telah siap di bahagian sejuk beku sekurang-kurangnya 1 jam atau lebih baik semalaman.

7. Apabila minyak dah panas, goreng seketika dalam masa 20 hingga 30 saat. Siap!

Memang seronok tengok Aiskrim Goreng yang kita buat jadi begitu sedap.

Kalau budak-budak tengok, confirm diorang akan suka gila makan.

Tekstur luar Aiskrim Goreng yang crispy dengan isi yang padat memang buat orang tak boleh tahan.

Sedapnya sampai boleh makan berkali-kali.

Kalau nak buat Aiskrim Goreng jadi lebih menarik, boleh cuba guna garfu atau bentuk macam karipap.

Tapi pastikan tak terlubang pulak.

Selamat mencuba!

Kredit: Wawa Syaida

Baca:

Arab Saudi anjur acara ‘swimsuit’, dedah sana sini, dunia semakin tenat!

Kes dera: Siti Bainun tarik balik gantung pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun

Kawan gelar Yuna hilang akal hanya sebab tegas dengan pendirian?