Realtime website trackingweb stats

“Raya ni kita ‘all out'” – Idea kreatif individu hias lampu lip-lap ini buat netizen terhibur

Oleh NUR KASIH

Tetiba je dah hampir seminggu kita berpuasa. Bila Ramadan tiba, ramai dah mula sibuk menghias rumah dengan lampu-lampu berkilauan untuk menyambut Hari Raya nanti. Memang bagus kalau awal-awal dah start, tak payah nak kecoh kelam-kabut.

Tapi ada satu pengguna TikTok, kaksuemeow namanya, dia lain sikit. Dia tak hias rumah, tapi dia hias lampu lip lap kat luar kereta dia pulak! Memang unik betul!

Idea kreatif Kak Sue Meow telah menarik perhatian ramai, dengan video TikToknya yang telah ditonton lebih dari sejuta kali di platform tersebut.

"Raya ni kita 'all out'" - Idea kreatif individu hias lampu lip-lap ini buat netizen terhibur

Dalam video tersebut, Kak Sue memperlihatkan keretanya yang dihiasi dengan lampu lip lap, yang memberi kesan yang sungguh menarik!

Dalam video berdurasi 22 saat tersebut, Kak Sue mendedahkan bahawa dia mengambil masa kira-kira enam jam untuk memasang lampu-lampu tersebut pada keretanya.

Banyak warganet terhibur dengan idea kreatif Kak Sue untuk menghiasi keretanya dengan lampu lip lap, terutamanya kerana ramai yang asalnya menganggap dia akan memasang lampu tersebut di kawasan luar rumahnya.

Ada yang menyamakan keretanya dengan kereta hiasan di I-City Shah Alam, yang terkenal dengan lampu-lampu hiasan yang menarik perhatian.

Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa hiasan lampu lip lap Kak Sue sungguh menarik dan cool!

@kaksuemeow Kalau kereta mcm ni baju kene menyala jugak ke eh? 😭🤌🏻 btw 6 jam tau buat ni huhu#keretakaksue #keretarayakaksue ♬ Suasana Hari Raya (Acoustic) – Cempaka Remic

Baca:

Resipi parfait yogurt kurma juadah berbuka yang menyelerakan, mudah dan sekejap saja nak buat

Waris guna duit pampasan bina masjid, simbol penghormatan kepada mangsa MH17

Waktu bersahur tanpa baca doa ini amat rugi, macam lepas peluang keberkatan Ramadan