Realtime website trackingweb stats

Rawat segera masalah gastrik dengan amalkan 2 bahan paling mujarab ini

Oleh ARIF ABDULLAH

Antara tanda anda mengalami masalah gastrik ialah rasa pedih di bahagian atas perut, perut berasa kembung, dan kadang-kadang rasa nak muntah.

Jika gejala-gejala ini mengganggu aktiviti harian anda, carilah rawatan segera dengan menggunakan petua-petua yang dikongsi ini.

Penting untuk diingat bahawa petua ini tidak hanya berguna untuk masalah gastrik atau gerd, tetapi juga boleh membantu mengurangkan simptom selesema dan meningkatkan kualiti tidur anda.

Rawat segera masalah gastrik dengan amalkan 2 bahan paling mujarab ini

Berikut ialah petua menghilangkan gastrik dengan berkesan.

Bahan yang diperlukan sangat senang didapati. Jika anda mengalami masalah gastrik, anda boleh cuba cara ini.

Bahannya :

-1 gelas susu suam
-1/2 sudu teh serbuk kayu manis ceylon

cara penyediaan:

1. Campurkan dua bahan yang disebutkan tadi dan kacau sampai kesemuanya tercampur rata.

2. Kemudian, minum air ini setiap malam sebelum tidur.

Ada yang sudah berbelas tahun mengalami masalah gastrik dan akhirnya sembuh selepas minum air ini.

Tambahan pula, air ini juga dapat mengatasi masalah selsema dan masalah susah tidur.

Antara kebaikan menggunakan kayu manis Ceylon termasuk:

– Menurunkan kolesterol
– Merawat masalah kesuburan
– Mengurangkan sakit gigi
– Memperkuat tulang
– Melancarkan sistem pencernaan
– Meningkatkan sistem imunisasi badan
– Mengurangkan risiko penyakit Parkinson
– Mengurangkan radang otak
– Mengurangkan risiko kehilangan ingatan
– Mengurangkan risiko kanser
– Menjaga kulit agar tetap muda
– Menjadikan kulit lebih lembap
– Mencerahkan warna kulit
– Membantu dalam mengawal berat badan
– Mencegah diabetes
– Bertindak sebagai antioksidan

Pastikan kamu memilih kayu manis Ceylon yang betul dan jangan tersilap pilih.

Semoga ia memberi faedah dan selamat mencuba.

*Ini hanya langkah awal. Jika masalah gastrik berterusan, dapatkan rawatan dari doktor secepat mungkin.

Baca:

Warga emas sambut hari jadi ke-80 dengan Tunku Azizah, siap dibelanja makan & dapat hadiah

PAS kecoh kantin sekolah dibuka, minta pelajar ‘non-muslim’ bawa bekal

Hari Jadi tahun ini yang sedih buat Bella, rupanya ini situasi dua anaknya selepas Aliff kena cekup JAWI