Perasaan macam sedang diperhati ketika berada dalam rumah sekiranya kerap dialami bukan sesuatu yang patut diabaikan.
Begitu juga, jika ada bau busuk dan mencurigakan yang tak tahu dari mana walaupun tong sampah sudah dibersihkan dan sudah pasti tiada bangkai dalam rumah.
Itu semua tanda ada sesuatu tak kena sedang mengganggu anda atau ahli keluarga.
Gangguan makhluk halus ini andainya dibiar memang mengganggu emosi dan untuk jangka panjang dibimbangi memporak-perandakan keluarga.
Ikuti tips dikongsikan Pusat Rawatan Islam Darul Nusrah ini sebagai ikhtiar untuk hidup selesa dan selamat di dalam rumah sendiri:
Kita dan ahli keluarga yang tinggal serumah merasakan perasaan yang sama, iaitu perasaan tidak selesa, rasa panas resah dan gelisah, takut dan bagaikan ada sesuatu yang memerhati kita.
Selalu nampak kelibat lalu lalang di dalam rumah.
Ahli keluarga mengadu kerap ada bau busuk di dalam rumah seperti bau darah, bau kemenyan atau bangkai binatang.
Langkah pertama yang boleh kita lakukan adalah lakukan pemeriksaan di sekeliling rumah, perhatikan tong sampah. Pastikan dan cari jika ada bangkai haiwan yang tersembunyi di belakang almari mahupun di dalam stor.
Namun, jika masih ada lagi tercium bau busuk yang menganggu tanpa sebab dari mana datangnya, ia menandakan adanya gangguan jin pada penghuni rumah tersebut.
Boleh lakukan 5 amalan ini:
1. Membaca: أَعُوْذُ بِا للهِ مِنَ الشَّيْطَا نِ الرَّجِيْم
(Aku berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang direjam).
2. Membaca : اَللّهُمَّ إنِّي أعُوْذُبِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيطِيْنِ وَ أعُوْذُبِكَ رَبِّيْ عَنْ يَحْضُرُوْن
(Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada gangguan Syaitan dan aku berlindung denganMu ya Robbi, daripada kehadiran mereka).
Amalkan sebelum mendirikan solat atau mengerjakan sesuatu ibadah.
3. Membaca ; أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّمَا خَلَقَ
(Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Mu yang sempurna dari segala kejahatan makhluk yang telah Dia cipta).
Sebagai perisai pertahanan diri daripada gangguan makhluk-makhluk jahat.
4. “Pagar rumah” menggunakan azan, azan di empat penjuru rumah dan niat minta perlindungan dari Allah.
5. Kerapkan membaca surah al-Baqarah, seperti saranan berikut:
“Janganlah menjadikan rumah-rumah kamu seperti perkuburan. Sesungguhnya syaitan lari daripada rumah yang dibaca padanya surah Al-Baqarah.” (Hadis Riwayat Muslim).
Baca:
Mereka menikus belakang pokok gharqad, ketahui cerita di sebalik pokok disebut Rasulullah ini