Realtime website trackingweb stats

Ramai yang cuba baju di bazar tapi beli di online, peniaga kecil-kecilan ini kongsi luahan hati

Oleh ADINDA

Disebabkan mahu murah punya pasal, ramai yang cuba saiz baju Melayu jenama tertentu di bazar tapi tidak membeli di situ.

Mereka pergi beli di online, ‘search’ jenama yang diinginkan dan beli di online yang lebih murah.

Peniaga kecil-kecilan yang paling terpukul dengan trend pembelian begini. Mereka berhempas-pulas membayar sewa tapak selain ada stok sendiri perlu dihabiskan.

Ramai yang cuba baju di bazar tapi beli di online peniaga kecil kecilan ini kongsi luahan hati

Peniaga sudah beri servis dengan bagi cuba pakaian yang mereka jual, pengguna sepatutnya sokonglah peniaga dengan membeli dengan mereka.

Ikuti pendapat Adam Aminuddin ini mengupas dilema dihadapi peniaga kecil dengan budaya pembelian online yang menawarkan harga lebih murah:

Puncanya sebab dekat platform online beri harga tak masuk akal kalau dikira-kira kosnya.

Ada 2 platform online yang jual murah dan suka bagi voucher melampau-lampau.

Kalau dikaji, memang logik platform ni boleh bagi voucher diskaun banyak-banyak sebab jenis modus operandi pegang duit seller berhari-hari. Ada yang cecah sampai lebih seminggu duit kena pegang.

Bayangkan, satu seller boleh buat jualan RM1,000 sehari.

Kalau 10 seller, RM10,000 sehari platform itu pegang.

Dan duit tu akan dibuat rolling untuk pelaburan dan lain-lain.

Ada juga peniaga yang jenis tiada premis, tiada komitmen sewa tapak/kedai, tiada pekerja tetap, ‘condemn’ peniaga yang masih fokus berniaga offline ini ketinggalan zaman.

Katanya taknak berubah.

Mereka senang nak cakap sebab mereka bermula terus dengan jual dalam platform.

Orang yang bermula dari bawah, yang berniaga sebelum wujud platform itu, memang dah ada komitmen dari awal.

Dah sewa premis, dah ada pekerja tetap, dan macam-macam lagi nak kena bayar.

Nak berhentikan pekerja? Memang tidak sampai hati.

Belum cerita lagi HQ/kilang/supplier sendiri yang masuk berniaga sekali dalam platform itu.

Habis harga semua jatuh.

Ejen/pemborong kecil-kecilan ini memang tak dapat nak lawan harga dah.

Sudahnya, kalau kerajaan tak bendung semua ni, makin ramai peniaga kecil-kecilan yang akan berhenti berbisnes.

Dan makin ramai juga yang akan menganggur sebab usahawan kecil dah tak mampu bertahan.

Lagi satu, yang banyak membeli di platform online itu bukan semuanya bayar cash.

Banyak jugak yang berhutang dengan pakai kad kredit dan juga program Beli Dulu, Bayar Kemudian.

Ini berdasarkan apa yang berlaku dalam circle kami peniaga kecil-kecilan.

Baca:

Harga tapak cekik darah punca peniaga bertindak sebegitu

Pernah viral ‘disaster girl’, kini meme senyum sinis budak ini terjual RM2 juta

3 tips kuruskan badan sebelum Hari Raya, rupanya boleh je makanan bergoreng tapi…