Satu rakaman video yang memaparkan anggota polis membantu sebuah keluarga menukar tayar kereta di tepi jalan meraih pujian ramai.
Rata-rata menghargai bantuan polis terbabit sekaligus dianggap mengubah persepsi masyarakat kepada pasukan beruniform itu.
Terdahulu, polis peronda tersebut berhenti di belakang sebuah kereta Axia berwarna putih yang kelihatan rosak di bahu jalan Lebuhraya Persekutuan.
Sejurus menegur pemilik kereta itu yang sedang menukar tayar bocor, polis terbabit mengarahkan seorang kanak-kanak lelaki untuk masuk ke dalam kenderaan.
“Bahaya,” kedengaran teguran salah seorang polis berkenaan dalam klip video yang tular itu.
Polis berkenaan berbual seketika dengan pemilik kereta yang tinggal di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor itu.
“Sekarang giliran kami pula bantu kamu semua. Kami tahu kamu sudah penat. Jadi, kami bantu selagi mampu,” tertera kapsyen pada klip video itu.
Sehubungan itu, warganet memuji tindakan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit dan mendoakan agar kerjasama polis dan masyarakat sentiasa bertambah baik.
Ramai juga berharap agar masyarakat sendiri menghormati tugas dan tanggungjawab polis dalam menjaga ketenteraman awam dengan mematuhi undang-undang ditetapkan kerajaan.
“Terbaik abang polis. Tak kira apa darjat, kita semuanya sama di sisi Allah.
“Tahniah abam polis. Polis dan masyarakat, berpisah tiada. Jaga keselamatan rakyat.
Rakyat pula ikut peraturan yang ditetapkan. Kita semua insan biasa.
“Alhamdulillah. Ramai je anggota (polis) yang baik-baik kerana mereka juga manusia. Ramai yang saya kenal orang beruniform ni baik, bersahaja, relaks sebab bila beruniform mereka ada etika mereka tersendiri,” demikian antara komentar warganet.
Baca:
Bawang lagi besar dari kepala, rupanya petani ini guna dua teknik hasilkan tuaian rekod dunia
Elak kena serangan strok, ini patut anda buat bila doktor kata tahap kolesterol sudah tinggi
Tular Ahli Parlimen PN dirakam hisap vape dalam Dewan Rakyat, ini penjelasan sebenar tuan badan