Realtime website trackingweb stats

Ramai tak tahu sebenarnya masuk hospital kerajaan tapi dapat layanan 5 bintang, ini caranya

Oleh AHMAD ISMAIL

Ada sesetengah hospital kerajaan yang masih mengalami kelewatan dalam sistem dan dalam proses penambahbaikan,

Berikutan manfaat tersebut perlu dikongsi oleh 3.2 juta rakyat Malaysia.

Jadi, berikut adalah cara untuk mendapatkan rawatan dengan lebih cepat di hospital kerajaan.

Kerajaan telah melancarkan skim ‘Full Paying Patient’ (FPP) yang menawarkan perkhidmatan serupa dengan hospital swasta pada kadar yang lebih rendah, disebabkan oleh subsidi kerajaan.

Ini bermakna hospital kerajaan yang terpilih akan memberikan perkhidmatan berkualiti dengan bayaran yang rendah.

Ramai tak tahu sebenarnya masuk hospital kerajaan tapi dapat layanan 5 bintang, ini caranya

Bayaran tersebut boleh jadi sehingga 50% lebih murah daripada harga di hospital swasta.

Antara manfaat yang ditawarkan melalui skim ini adalah:

1. Rawatan Segera

Anda tidak perlu beratur atau mengambil nombor giliran jika memilih skim ini. Setelah menunjukkan kad FPP kepada pegawai yang bertugas, anda boleh mendapatkan rawatan segera tanpa perlu menunggu berjam-jam.

2. Harga Murah

Anda hanya perlu membayar separuh daripada kebanyakan bil perkhidmatan di hospital swasta di Malaysia. Skim FPP ini disubsidi oleh kerajaan untuk menyediakan pilihan yang lebih mampu milik kepada rakyat serta menarik lebih ramai doktor pakar ke hospital kerajaan.

3. Pilihan Rawatan Pakar

Pesakit diberikan pilihan untuk dirawat oleh doktor pakar dalam bidang masing-masing. Tiada doktor pelatih, Pegawai Perubatan Siswazah, atau pelajar perubatan akan merawat atau melakukan prosedur terhadap pesakit. Ini adalah sebahagian daripada garis panduan FPP yang telah diwartakan, memastikan hanya pakar yang akan mengendalikan rawatan.

4. Kemudahan Infrastruktur dan Perkhidmatan yang Lebih Baik

Anda akan menikmati layanan kelas pertama seperti wad kelas pertama dan eksekutif yang dilengkapi pelbagai kemudahan terbaik. Ini termasuk katil dan tandas peribadi, TV, serta bilik sendiri. Menu makanan dari wad kelas pertama juga disediakan—siapa tahu, mungkin anda akan keluar dari hospital dengan berat badan yang bertambah!

5. Ruang untuk Ahli Keluarga atau Penjaga

Dengan kemudahan bilik wad sendiri, ahli keluarga atau penjaga boleh menemani pesakit sepanjang masa. Ini memberi kemudahan yang sukar diperoleh dalam skim biasa, dengan penyediaan katil untuk penjaga dan ruang yang selesa. Kini, anda boleh membawa seluruh keluarga untuk melawat tanpa masalah.

6. 17 Perkhidmatan Kesihatan

Skim ini menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan kesihatan, memberikan anda lebih banyak pilihan dan kemudahan dalam mendapatkan rawatan.

Para pesakit boleh menikmati perkhidmatan kesihatan terpilih dari 17 bidang kesihatan ditawarkan. Antaranya adalah:

1. Pembedahan umum
2. Perubatan umum
3. Obstetrics & Gynaecology
4. Orthopaedic
5. Ophtalmology
6. Paediatrics
7. Anesthesiology
8. Otorhinolaringology (Telinga, hidung dan tekak)
9. Dentistry (Pembedahan oral)
10. Psychiatry
11. Endocrinology (Kanak-kanak dan dewasa)
12. Endocrine Surgery
13. Spinal Surgery
14. Rhinology and Sleep medicine
15. Minimally Invasive Surgery
16. Endoscopy Gynaecology Surgery
17. Patology and Diagnostic Imaging

Jadi, siapa yang layak untuk memohonnya?

Hanya hospital Selayang dan Putrajaya yang menawarkan skim ini dan merangkumi 30% dari jumlah pesakit dalam sesebuah hospital, maka sudah tentu ramai akan beratur untuk mendapatkannya.

Pastikan anda mendaftar awal untuk memasuki skim ini atau menghubungi 03-8312 4316 atau email di [email protected] untuk tahu lebih lanjut.

Anda perlu membawa:

1. IC/ surat beranak/ passport
2. GL dari syarikat insurans atau takaful sekiranya ada
3. Bayar deposit
4. Surat rujukan dari klinik atau hospital lain jika ada

Kebiasaannya pada bahagian deposit yang serendah RM 3000 atau 50% dari kos rawatan yang akan dilakukan, mana-mana yang tinggi nilainya, ramai orang bermasalah. Tapi ini adalah alternatif dari rawatan yang sedia ada.

BACA: ‘Garu’ kuali sebelum mula menggoreng, pasti sisa makanan tak melekat di kuali selepas masak