Realtime website trackingweb stats

Ramai salah sangka simbol ‘rock’, rupanya ini maksud sebenar gaya tangan Tunku Azizah

Oleh SHAZLIN AZIZ

Ini bukan berkaitan dengan ‘rock’.

Ini tentang apa yang dimaksudkan oleh isyarat tangan Tunku Azizah.

Pada 30 Januari 2024, adalah hari terakhir di mana Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Permaisuri.

Ramai salah sangka simbol 'rock', rupanya ini maksud sebenar gaya tangan Tunku Azizah

Kedua individu itu telah mempengaruhi perasaan rakyat selama lima tahun memerintah negara dengan meninggalkan kesan yang amat kuat.

Kedua-dua mereka telah pulang diiringi dengan azan yang merdu berkumandang di Istana Negara pada pagi Selasa, sementara Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, telah menerima jawatan Yang Di-Pertuan Agong yang baru.

Salah satu memori yang amat menyentuh hati adalah Raja dan Permaisuri semasa mereka pulang, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah memberi isyarat tangan ‘ I love You’.

Tindakan kedua-dua pemimpin itu telah dirakamkan dalam satu gambar.

Terdapat sesuatu yang menarik tentang gerakan tangan yang dilakukan oleh Tunku Azizah yang menarik perhatian ramai orang dan sebahagian daripada mereka tertanya apa sebenarnya maksud di sebalik gerakan tangan itu.

Tunku Azizah sangat comel!, Jom ketahui maksud isyarat tangan tu!

Ramai orang mungkin fikir gerakan tangan Tunku Azizah gaya “rock”, tapi sebenarnya ia bermaksud I Love You dalam isyarat bahasa.

Portal Lingvano mengatakan bahawa isyarat tangan I love you (I-L-Y) sering digunakan sebagai simbol oleh orang yang mengalami masalah pendengaran dan bisu.

Selain itu, ramai orang juga menggunakannya untuk menyatakan perasaan mereka.

Isyarat Tangan I Love You

Mulai dengan mengangkat jari telunjuk ke atas, ini melambangkan huruf I (Saya), sementara ibu jari dan jari telunjuk juga diangkat untuk membentuk huruf L (Love atau Sayang).

Dalam masa yang sama, ibu jari dan anak jari tangan sebelah (kiri atau kanan) juga diangkat bersama-sama, ia menunjukkan huruf Y (You atau Kamu).

Tak susah pun, kan? Semoga dengan perkongsian ni, dapat memberi sedikit kefahaman tentang bahasa isyarat.

Kebanyakan orang yang menggunakan media sosial sudah tahu tentang bahasa isyarat ini dan mereka memberi pujian kepada Tunku Azizah.

Pada masa yang sama, mereka juga merasakan sedih apabila melihat beliau pulang.

Pada masa yang sama, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia kerana memberi sambutan yang baik kepada mereka dan menyokong mereka sepanjang mereka menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

“Sesungguhnya, ia menjadi sumber kekuatan dan dorongan kepada Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai Ketua Utama Negara sejak 31 Jan 2019.”

“Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan rasa syukur kerana amanah dan tanggungjawab yang digalas, dilaksanakan dengan sepenuh kudrat keupayaan dan keikhlasan hati baginda.”

“Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong bertitah, baginda berdua menamatkan tempoh pemerintahan dengan perasaan yang sedih kerana perpisahan ini, namun dengan perasaan gembira kerana berangkat pulang untuk bersemayam di Pahang Darul Makmur bersama dengan rakyat,” Istana Negara tulis dalam satu kiriman di Facebook.

Baca:

Kediaman anda mungkin selamat dari ular jika buat 7 perkara ini

‘Baru tahu Melayu dulu ada permainan tabal’ – Penjajah dah lama tulis, kini hanya ada di Lingga

Boleh jadi ‘port’ sarapan, cafe 7 eleven kini tawar pelbagai makanan menarik