Realtime website trackingweb stats

Ramai rupanya tertipu dengan pempengaruh ini, netizen diajak benam akaun scammer

Oleh ADINDA

Seorang pempengaruh yang juga penjual pewangi heboh didakwa ‘scammer’ apabila tiada hadiah pun diberi walaupun dia sudah menyebut nama pemenang dalam siaran langsungnya.

Memang tidak dinafikan rakyat Malaysia masih ramai yang tidak boleh bezakan antara penipu atau tidak.

Malah, bukan sedikit yang dikategorikan pencinta pempengaruh sehingga mudah menjadi mangsa scammer akibat sudah terpengaruh.

Rasa kasihan terhadap golongan B40 terutamanya yang mungkin menjadi mangsa kepada pempengaruh yang menonjolkan gaya hidup mewah itu, seorang pemuda tampil merisikokan akaun Facebook miliknya untuk kesedaran orang ramai.

Sehubungan itu, beliau mengajak orang ramai untuk membuat laporan di TikTok bahawa kandungan terbaharu pempengaruh itu di bawah ‘fraud & scam’.

“Dia (pempengaruh) takkan bagi saja-saja hadiah tu. Kena beli perfume dia harga T20. Macam tu je dia buat marketing.

“Paling tak boleh diterima akal, dah pilih nama, alasan tak follow tak boleh pilih nama orang tu.

“Kesian pada yang terpengaruh tu. Kadang ‘live’ dia lalu FYP di TikTok, saya pun dah menyirap je tengok.

“Macam main-mainkan perasaan orang. Nak bagi, bagi sajalah. Ni tunggu ‘view’ naik lah, kena komen nak lah. Akhirnya, tak dapat apa. Paling kesian pada yang dah beli produk yang dia jual,” demikian antara kata warganet.

Ikuti tulisan Safuan Borhan yang meraih ribuan tanda ‘suka’ ini:

Siapa yang nak join report, report yang ni.

Under fraud & scam. Sebab last posting yang dia report saya tadi tu, ada 5 komen dari orang yang dah beli produk dia, dah disebut nama dalam live. Tapi akhiarnya tiada hadiah pun diberi.

Kita faham, kalau 30,000 orang beli, yang dapat hadiah tu berapa orang saja. Tapi nak jadikan cerita, ada 5 orang komen dia sendiri memang pembeli, dah diumum dapat hadiah duitlah, hadiah Iphone lah tapi kena kencing.

 

Baca :

Tahniah! Sekali Malaysia ambil tindakan berani terhadap Israel, ini baru betul 

Sedap nama anak kedua Ayda Jebat, ramai doakan jadi anak soleh 

Nak sinki berkulat kembali berkilat macam cermin, guna kaedah ini