Realtime website trackingweb stats

Ramai pemilik kenderaan buat benda ini tanpa sedar, jadi punca haiwan kerap masuk dalam enjin

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Kecoh minggu lalu apabila seekor kucing ditemukan mati dalam keadaan menyedihkan di bahagian enjin kereta.

Menurut satu hantaran di Facebook oleh bengkel detailing Blakart, penemuan tersebut berlaku selepas pemilik kenderaan mengesan bau bangkai.

“Bukan kali pertama berlaku, sebelum ini pernah ditemui bangkai tikus dan ular.

Kali ini kucing pula yang malang,” kata mereka.

Untuk mengelakkan kejadian serupa, berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil:

Ramai pemilik kenderaan buat benda ini tanpa sedar, jadi punca haiwan kerap masuk dalam enjin

1. Buka Bonet Hadapan Pada Waktu Malam

Haiwan seperti kucing dan tikus sering mencari tempat panas untuk berteduh pada waktu malam. Enjin kereta yang baru dimatikan merupakan tempat yang sesuai untuk mereka.

Jika bonet kereta dibiarkan terbuka, suhu enjin akan menurun dengan cepat dan mengelakkan haiwan daripada berlindung di dalamnya.

Selain itu, semasa menutup bonet pada keesokan pagi, semak secara ringkas jika terdapat haiwan di dalam enjin. Namun, untuk keselamatan, pastikan kereta diparkir di dalam rumah bagi menghindari sebarang kegiatan jenayah.

2. Ketuk Bonet Kereta

Ketuk badan kereta sebanyak tiga kali sebelum bergerak untuk memberi amaran awal kepada haiwan agar melarikan diri.

3. Panaskan Enjin

Sebelum memulakan pemanduan, biarkan enjin berjalan selama beberapa minit untuk memberi masa kepada haiwan yang mungkin sedang tidur di dalam enjin untuk bangun dan keluar.

4. Jangan Tinggalkan Makanan Di Dalam Kereta

Selain tempat berteduh yang panas, makanan yang terbiar di dalam kereta juga boleh menarik perhatian haiwan untuk mendekati kenderaan anda.

BACA: lepas beli kuali baru, beli jangan terus guna ini yang perlu anda buat sebelum menggoreng