Realtime website trackingweb stats

Ramai mengaku keluar air mata jantan, psikiatri ini nasihat zahirkan kasih sayang kepada anak

Oleh ABDULLAH HAMID

Untuk iklan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, ramai yang berpendapat karya daripada ‘Elrah’ paling sedih.

Penonton lelaki pun mengaku keluar air mata jantan ditambah dengan kekuatan lakonan daripada para pemain yang bukan calang-calang.

Ikuti pendapat seorang psikiatri, Siti Norfazihan Najid ‘membedah’ iklan ini:

Ramai mengaku keluar air mata jantan psikiatri ini nasihat zahirkan kasih sayang kepada anak

Rasanya ramai yang dah menonton iklan raya Elrah ini. Dalam iklan ini tidak dinyatakan mengapa si ibu bertindak ‘pilih kasih’ dan tidak mempamerkan kasih sayangnya terhadap Helmi.

Namun, pada saya logik sahaja berlaku kisah-kisah sebegini dalam masyarakat atas beberapa kemungkinan.

Salah satunya mungkin ibu ini sudah berpisah dengan ayah Helmi, dan rupa Helmi mirip muka bekas suami yang dibencinya.

Oleh itu, sukar untuk si ibu menunjukkan rasa kasih beliau terhadap Helmi di hadapan si anak.

Walaupun begitu, selepas itu perasaan bersalah sebagai ibu hadir lalu beliau membela dan mendoakannya secara senyap-senyap.

Apapun punca tindakan ibu ini, pada saya mesej utama yang ingin disampaikan adalah pentingnya menzahirkan kasih sayang kita sebagai ibu bapa kepada anak-anak.

Sangat penting membuatkan anak-anak merasa disayangi, dihargai dan di’approved’.

Ibu bapa adalah ‘secure base’ anak-anak yang membentuk persepsi awal mereka terhadap diri sendiri dan dunia mereka.

Secure base yang baik akan membentuk rasa selesa dan yakin diri serta membolehkan mereka untuk menjalinkan hubungan yang sihat dengan orang-orang sekeliling.

Manakala hal yang sebaliknya boleh berlaku sekiranya secure base ini tidak berfungsi, dan keperluan emosi anak-anak tidak dipenuhi atau terabai.

Kecederaan emosi

Kisah Helmi mengingatkan saya kepada pesakit saya yang mengalami kecederaan emosi akibat dibayangi perasaan ‘unloved’, ‘unapproved’, ‘never good enough’ kerana trauma yang dialami semasa membesar.

Beliau kini berjaya sebagai seorang profesional (dan saya percaya kejayaan dan usaha keras beliau juga adalah didorong oleh perasaan-perasaan ini – ingin membuktikan kebolehan beliau kepada his ‘approval figure’ ie his parent).

Namun, beliau tidak berjaya mencapainya sehinggalah this ‘approval figure’ meninggal dunia.

Selalu saya terkenangkan pesakit ini dan membayangkan penderitaan jiwa yang ditanggungnya.

Saya ingin mengajak semua untuk mengambil iktibar daripada iklan ini. Jom kita zahirkan perasaan sayang kita kepada anak-anak.

Hari ini, dalam keadaan kebanyakan kita bekerja, kita mungkin pulang dalam keadaan penat fizikal dan mental lalu kita mempunyai kecenderungan untuk tidak memberi perhatian dan ‘dismiss’ elemen penting ini.

Usahakan untuk lakukan rutin yang ‘simple’ dan mudah tetapi boleh memberi kesan yang besar kepada anak-anak.

Salam, peluk cium, usap kepala dan ungkapkan kata-kata sayang adalah contoh yang saya maksudkan.

Ianya mungkin boleh diamalkan pada waktu-waktu seperti sebelum berpisah dengan anak-anak yang akan ke sekolah, selepas pulang dari kerja dan sebelum anak-anak tidur.

Pada saya, ini adalah antara perkara mudah yang kita boleh rutinkan dalam kehidupan.

Semoga ia menjadi usaha kita untuk membentuk ‘attachment’ dan ‘bonding’ yang baik antara kita dan anak-anak.

Secure attachment akan membantu mereka kelak menghadapi dunia dan persekitaran.

Malah, kita juga mengharapkan anak-anak ini untuk kembali kepada kita, their ‘secure base’ ketika menghadapi masalah/konflik dalam kehidupan dan tidak memilih orang atau perkara yang memudaratkan seperti boyfriend/girlfriend, dadah atau rakan-rakan yang bermasalah untuk menyelesaikan konflik mereka.

Baca:

Harga tapak cekik darah punca peniaga bertindak sebegitu

Pernah viral ‘disaster girl’, kini meme senyum sinis budak ini terjual RM2 juta

3 tips kuruskan badan sebelum Hari Raya, rupanya boleh je makanan bergoreng tapi…