Bukan sedikit yang kagum dengan ketabahan seorang wanita Palestin yang dizalimi penjajah ini.
Sepanjang tujuh tahun menjadi tebusan di penjara Israel, Israa Jaabis yang akhirnya dibebaskan baru-baru ini menunjukkan kain tenunan beliau sepanjang ditahan.
Hasil kerja tangannya itu meraih perhatian warga maya memandangkan keadaan fizikal tangannya akibat melecur tahap ketiga dalam insiden keretanya terbakar selepas silinder gas di dalamnya meletup.
“Saya tengok dia, tak terbayang kekuatan dia. Betapa kuatnya dia.
“Hasbunallahwanikmalwakil… Semoga Allah berikan kemudahan kepada kamu. Allah bersama orang-orang yg beriman dan sabar.
“Allahuakbar! Tidak tergambar ya Allah apa yang wanita ini lalui,” demikian antara komentar netizen di TikTok.
Kejadian pada 11 Oktober 2015 ketika Jaabis berusia 31 tahun itu kemudiannya menyaksikan beliau dituduh pula oleh puak penjahat Zionis sebagai mahu melakukan serangan “keganasan”.
Tentunya itu adalah satu pertuduhan yang dinafikannya tetapi ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, Jaabis dikenakan hukuman penjara 11 tahun.
Namun, sudah rezeki Jaabis, beliau berada dalam senarai 39 wanita dan kanak-kanak Palestin yang dijadualkan dibebaskan dari penjara Israel susulan gencatan sementara.
Tindakan penjajah itu sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran tahanan dengan kumpulan pejuang Hamas.
Di bawah perjanjian itu, tebusan dan banduan akan dibebaskan secara berkelompok dalam tempoh empat hari.
Walau bagaimanapun, sebelum dibebaskan, polis Israel mengenakan beberapa syarat terhadapnya.
Ini termasuk wartawan tidak dibenarkan mengadakan liputan pada saat pembebasannya.
Malah, lebih menyakitkan hati apabila pengganas jenayah genosid melarang untuk meraikan pembebasan tebusan.
Pembunuhan beramai-ramai Zionis Israel di Gaza meragut sekurang-kurangnya 14,854 nyawa rakyat Palestin, termasuk 6,150 kanak-kanak dan lebih 4,000 wanita.
—
Baca:
Bebas penjara kerana berat badan cecah 200 kg, keluarga mangsa marah keputusan mahkamah
“Ia benar, saya kahwin satu lagi” – Alif Teega
Gelang bercahaya konsert Coldplay rupanya kena dipulangkan, terbukti satu negara ini memang jujur