Realtime website trackingweb stats

‘Ramai ada kenangan di sini’ – Pawagam GSC Berjaya Times Square umum tutup selepas 18 tahun beroperasi

Oleh ABDULLAH HAMID

Golden Screen Cinemas (GSC) baru-baru ini mengumumkan bahawa panggung GSC di Berjaya Times Square akan menayangkan filem terakhir pada 26 November ini dan akan berhenti beroperasi pada 27 November 2023.

Dengan itu, pengurus rangkaian pawagam terkenal di negara kita ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan sejak pawagam ini mula beroperasi pada 27 Januari 2005. Ini adalah perjalanan yang luar biasa sepanjang tempoh GSC Berjaya Times Square dibuka untuk umum.

“Harap maklum bahawa GSC Berjaya Times Square akan menjalankan tayangan terakhir kami pada 26 November 2023 dan akan berhenti beroperasi pada 27 November 2023.

“Ia adalah satu perjalanan yang luar biasa sejak kami mula-mula mengalu-alukan anda pada 27 Januari 2005.

Kami ingin mengucapkan terima kasih secara ikhlas atas sokongan dan bimbingan anda yang tak terhingga selama lebih daripada 17 tahun yang lalu.

“Senyuman, tawa dan tepukan anda akan sentiasa bergema di hati kami,” katanya dalam hantarannya di platform X.

Untuk makluman, walaupun GSC Berjaya Times Square ditutup, anda tetap dialu-alukan untuk menikmati tayangan filem di GSC LaLaport BBCC, pawagam terdekat kami.

“Terima kasih sekali lagi kerana membenarkan kami menjadi sebahagian daripada perjalanan minat filem anda. Kita akan jumpa anda tidak lama lagi di GSC LaLaport BBCC!,” katanya.

GSC memiliki lebih dari 509 skrin di 55 lokasi di seluruh negara, menyediakan pengalaman menonton filem dengan teknologi sinematik terkini.

Baca:

Siapa kenal Siti Mariah, suruh dia balik, ibunya dah 8 tahun menanggung rindu

‘Nasib kau lah Wahab’ – Sampai Mami Mas Idayu pun pandai troll nama ‘Wahab’

Konsert Coldplay: “Jangan nak batal macam tu je, semua melibatkan duit”- Ramli MS