Di Malaysia, hampir setiap isi rumah memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta.
Kenderaan ini digunakan untuk pelbagai tujuan seperti bersantai, bekerja, atau mengangkut barang.
Oleh itu, kereta yang dibeli sering digunakan sepenuhnya dan banyak masa dihabiskan di jalan raya.
Penting untuk menjaga kereta dengan baik agar ia berfungsi dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Setiap bahagian kereta mempunyai fungsi tertentu dan memerlukan penyelenggaraan yang berterusan untuk memastikan ia berfungsi dengan baik.
Ada beberapa lubang saliran air yang mungkin terlepas pandang tetapi penting untuk diselenggara agar tidak tersumbat dan menyebabkan kerosakan pada kereta anda.
Lima saliran lubang air kereta yang perlu dibersihkan selalu:
Lubang Saliran Bawah Pintu
Lubang saliran ini terletak di bahagian bawah pintu kenderaan dan berfungsi untuk mengeluarkan air yang meresap masuk melalui celah tingkap. Jika tidak dibersihkan, air yang bertakung boleh menyebabkan bau busuk dan berisiko merosakkan pembesar suara elektronik di bahagian sisi pintu.
Lubang Saliran Sunroof
Kebanyakan kereta moden dilengkapi dengan sunroof, yang mempunyai lubang saliran di bahagian hadapan dan belakang. Daun-daun sering tersangkut pada lubang ini dan boleh menghalang air hujan keluar. Hal ini boleh menyebabkan kebocoran dalam kabin.
Lubang Saliran Tempat Mengisi Minyak
Lubang saliran di bahagian tempat mengisi minyak sering diabaikan. Walaupun kebanyakan pemilik kenderaan hanya fokus pada pengisian minyak, lubang ini perlu dibersihkan untuk mengelakkan bau yang tidak menyenangkan.
Lubang Saliran Ruang Penyimpanan Tayar Ganti
Ruang penyimpanan tayar ganti juga perlu dijaga kerana air boleh bertakung di situ. Pemilik kenderaan perlu memeriksa dan membersihkan bahagian ini secara berkala.
Lubang Saliran Bawah Wind Screen
Lubang saliran ini terletak di bawah wind screen dan mudah terperangkap dengan daun atau habuk. Jika jarang dibersihkan, bau yang kurang enak mungkin dapat dikesan ketika memandu.
Perkongsian ini, diambil daripada pengguna TikTok @james_alatin, mendapat sambutan baik di ruang komen, dengan ramai yang mengucapkan terima kasih atas tip berguna ini.
BACA: Sisi ‘gelap’ Bell Ngasri terdedah, dalam tv kelakar rupa-rupanya garang di rumah