Realtime website trackingweb stats

Rakan ‘aniaya’ rakan, sudahnya jadi ‘open house’ tema orang tak datang

Oleh ADINDA

Walaupun perlu mengeluarkan sedikit perbelanjaan, ramai orang suka mengadakan rumah terbuka setiap tahun sempena Hari Raya Aidilfitri.

Selain dapat mengeratkan hubungan antara keluarga dan rakan-rakan, tuan rumah yang menjamu tetamu dengan hidangan lazat sebenarnya sangat seronok meraikan tetamu.

Bagi seorang pengguna Facebook bernama Dekwan, yang sedang bersiap sedia menyambut kira-kira 45 orang ke rumahnya untuk acara rumah terbuka, hari itu berubah menjadi sesuatu yang menyedihkan.

Walaupun dia telah bersusah payah memasak pelbagai jenis hidangan sendiri, hanya beberapa sahabatnya yang hadir.

Dia telah menempah kanopi, kerusi, dan meja untuk memastikan keselesaan tetamu.

Rakan aniaya rakan sudahnya jadi open house tema orang tak datang

Semasa Dekwan sedang memasak untuk jamuan, kawannya satu persatu mula menghantar mesej yang memberitahu mereka tidak dapat hadir.

Hanya kira-kira 6 orang yang maklumkan, selebihnya mendiamkan diri.

Dekwan rasa kecewa kerana dia dah masak banyak makanan untuk semua.

Menurut @World Of Buzz, Dekwan dah rancang rumah terbuka ni sejak bulan Ramadan lagi.

Semasa makan malam dengan 45 orang kawan-kawannya, ada yang tanya Dekwan akan buat tak majlis tu tahun ni.

Akhirnya, dia tetapkan hari pada Syawal ke-3. Tunggu sampai pukul 9 malam, tapi orang yang dinantikan tak datang juga.

Baca:

“Dapat pakwe orang putih, kau jadi…” – Maya Karin pegang anjing cetus provokasi

Bertembung sesama sendiri sebelum dua helikopter terhempas di Lumut

“Sebab kau bo*oh lah kerja tol”, warganet nasihat spesis biadab boleh buka Waze pilih ‘avoid toll’