Realtime website trackingweb stats

‘Putera Mateen’ versi Malaysia lincah di gelanggang, ini puncanya Nur Izzuddin raih pujian ramai

Oleh ADINDA

‘Putera Mateen’ versi Malaysia lincah di gelanggang, ini puncanya Nur Izzuddin raih pujian ramai.

Satu rakaman melibatkan pemain badminton negara, Nur Izzuddin Rumsani telah mengundang perbincangan hangat di kalangan rakyat Malaysia.

Mana tidaknya, rakaman tersebut memperlihatkan tindakan pemain berusia 26 tahun itu yang enggan berjabat tangan dengan seorang pengadil.

Bukannya dikecam, pemain badminton tersebut malah menerima pujian daripada para penonton yang menyaksikan video itu menerusi laman Facebook.

Rupa-rupanya, video berkenaan sempat merakam penolakan Izzudin terhadap permintaan untuk berjabat tangan daripada pengadil perempuan.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku sewaktu perlawanan akhir dalam kejohanan Terbuka Amerika Syarikat (AS) di Pusat Mid-America, Council Bluffs, Lowa.

Sebelum perlawanan bermula, Izzuddin dan rakan beregunya, Sze Fei masuk ke arena untuk melakukan sesi bersalaman bersama pengadil dan pihak lawan.

Dipuji ramai kerana menjaga batas pergaulan, Nur Izzudin dilihat hanya menghulurkan tangannya kepada mereka yang berjantina lelaki sahaja.

Bahkan, ketika pengadil perempuan berulang kali meminta untuk bersalam, Izzudin hanya meletakkan tangan di raket sebelum menunduk sebagai tanda hormat.

Akhirnya memahami maksud tindakan Izzudin, pengadil berkenaan kemudian dilihat tersipu malu sebelum segera beredar daripada gelanggang.

Tular di media sosial, video itu dikongsi oleh seorang pengguna media sosial yang menggunakan akaun Ainin Syakireen Zainol di laman Facebook.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata penonton kagum dengan adab seorang lelaki Muslim yang ditonjolkan oleh pemain badminton itu.

“Bukan nak puji Izzuddin ini, bermain dengan baik dan dan adabnya juga bagus. Tidak mustahil satu hari nanti boleh jadi lebih baik,” kata seorang peminat.

“Memang teringin sangat nak salam dengan Izzudin. Tetapi kita belum halalan toyyiban.” Seloroh pengguna lain yang berjantina wanita.

Dalam perlawanan akhir yang berlaku pada Julai lalu itu, Izzuddin dan Sze Fei berjaya mengalahkan pihak lawan iaitu pasangan beregu dari Taiwan.

Hasilnya, pasangan beregu Malaysia yang sempat berpisah selama lima bulan itu berjaya menjuarai saingan badminton Terbuka AS tersebut.

Baca:

Dah macam rupa watak siri manga Demon Slayer, rupanya ini punca Ayu ada tiga ‘mulut’

Ramai suka naik lif dan berkenderaan jarak dekat, ketahui rahsia panjangkan hayat tanpa keluar sesen pun

Dah 4 tahun kahwin baru tahu suami bukannya tentera berpangkat sarjan, rupanya ini punca penyamaran jadi kantoi