Realtime website trackingweb stats

Punyalah gembira dapat cuti, lelaki Bangla buat ‘content’ menari di Muar, ramai netizen terhibur

Oleh FATIN AQILAH

Dua warga asing dipercayai dari Bangladesh dilihat gembira dapat cuti dengan membuat ‘content’ menari di bandar Muar.

Gelagat mereka membuatkan ramai netizen terhibur sekaligus ternanti-nantikan hasil klip video tersebut.

Aksi spontan mereka dikongsikan di TikTok @farhanfared__ yang memaparkan bagaimana salah seorangnya membantu untuk merakam aksi rakannya.

Agak lucu juga apabila rakaman itu dilatari dengan lagu ‘Cintaku Sampai Ke Ethiopia’ yang pernah tular dengan geng jururawat nyanyi beramai-ramai.

Lagak salah seorang lelaki warga asing itu dilihat seperti juruvideo profesional.

Dia nampaknya ligat berundur dan maju beberapa langkah mengikut pergerakan rakannya yang berbaju merah menari.

Gaya lelaki itu menari mengikut rentak lagu membuatkan orang ramai teruja tidak kurang juga yang menyampah dengan keyakinannya.

Rata-rata netizen menganggap perkara ini situasi biasa kerana sudah ramai warga asing yang melakukan aksi tersebut.

“6 hari kerja cari wang untuk keluarga. Dapat satu hari cuti pun dah bermkna buat hapyykan diri. Pakai lawa-lawa. Tak salah rasanya.

“Feeling feeling Deepavali nampaknya.

“Hari itu ada nampak juga dekat Shah Alam. Saya dengan suami gelak sahaja atas motor. Melompat sambil berjoget, nak rakam tapi tak bawa telefon pula,” demikian antara komentar wargamaya.

Video tular itu meraih lebih 800,000 tontonan dan 75,000 tanda suka setakat ini.

@farhanfared__ HAHAHAH bukan main bangla sekarng tiktok dulu baru kamu 😂#trends #ditaja #foryoupage #muarstyle✅ #muarproblem #fypシ ♬ Cintaku Sampai Ke Ethiopia – Noraniza Idris

Baca:

Ini makna sebenar kucing comel, siapa sangka Rexie hanya ada dua kaki saja

Berbaloi trip memancing ratusan ringgit, lelaki ini kongsi teknik ‘jinakkan’ tenggiri dan sotong mabang

“Dia muntah setiap kali makan, badannya susut mendadak” – Suhaimi In-Team ditidurkan di ICU