Bintang bola sepak terkenal dari England, Paul Ince yang juga dikenali sebagai Thomas Paul Ince atau Tom Ince mungkin akan menyertai pasukan kebangsaan Malaysia kerana beliau memiliki keturunan Malaysia.
Maklumat ini telah dikongsi oleh laman pencarian bakat pemain bola sepak warisan Malaysia, Frfuturetalents dalam satu hantaran di Instagram.
Tom Ince, yang berumur 32 tahun, dilaporkan memiliki keturunan Malaysia melalui datuknya dari sebelah ibunya yang berasal dari Malaysia.
Pemain Watford tu juga ada darah keturunan Barbados melalui bapanya.
“Tom Ince dilahirkan di Stockport, England. Tom Ince mempunyai akar Malaysia melalui datuk sebelah ibunya. Datuk sebelah ibu Ince berasal dari Malaysia. Tom Ince juga mempunyai keturunan Barbados melalui sebelah bapanya,” dedah Frfuturetalents di laman Instagram.
Tom Ince adalah seorang pemain bola sepak yang cukup terkenal di England.
Beliau pernah bermain untuk pasukan kebangsaan England dalam kategori umur Bawah 21 Tahun pada masa lalu.
Dengan kebolehan Tom Ince beraksi di sebelah sayap kanan, kehadirannya dalam pasukan Harimau Malaya pastinya akan memberikan lebih banyak pilihan kepada pengendali, Kim Pan-gon, yang sebelum ini terlalu bergantung harap dengan keupayaan Arif Aiman di posisi tersebut.
Untuk rekod, Tom Ince telah beraksi dalam 27 perlawanan bersama Watford musim ini dalam Liga Kejuaraan dengan merekodkan 2 jaringan selain turut menyumbang dua bantuan gol.
Baca:
Siap bangkit masa kerja separuh hari, ada yang iri hati dengan kenaikan gaji penjawat awam
Tak memilih kerja asalkan halal, Hafidz Roshdi akui lebih tenang semenjak buat ini
Cara masak rendang daging cili api berempah cara arwah nenek, makan dengan lemang memang ngam teruk