Realtime website trackingweb stats

Puluhan tahun hidup sebatang kara, tak sangka jumlah wang disimpan pengemis ini buat mata terbeliak

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Siapa sangka seorang pengemis perempuan yang puluhan tahun hidup sebatang kara rupanya mempunyai wang simpanan hampir RM90,000.

Duit berjumlah jutaan rupiah itu hanya diketahui selepas warga emas dari Kediri, wilayah Jawa Timur berkenaan meninggal dunia pada Jumaat, 22 Mac lalu.

Dikenali sebagai Rosiah, dia menghembuskan nafas terakhir ketika berumur 70 tahun selepas diserang penyakit yang tidak didedahkan.

Puluhan tahun hidup sebatang kara tak sangka jumlah wang disimpan pengemis ini buat mata terbeliak 01

Sejurus pemergiannya, keluarga Rosiah meminta bantuan pemimpin setempat dan jiran-jirannya untuk mengira wang yang ditinggalkan.

Rupa-rupanya Rosiah memang orang yang berhemat luar biasa tetapi sayangnya tidak sempat dia sendiri nikmati.

Rosiah didapati menyimpan wang kertas di dalam 50 beg sekolah.

Duit syiling pula disimpan dalam berpuluh-puluh bekas logam lagi.

Lapor portal berita Tribun Trends, jumlah wang tersebut adalah antara 200 juta rupiah (RM59,904) hingga 300 juta rupiah (RM89,859).

Menurut seorang pegawai di kampung itu, Manon Kusiroto, Rosiah hidup seorang diri berpuluh-puluh tahun di Kediri.

Namun, ujarnya, Rosiah memiliki seorang anak perempuan dan cucu yang tinggal di Blitar, Jawa Timur.

Baca:

“Banyak sekolah cina yang …” – Terbeliak biji mata tengok angka tajaan ibu bapa demi anak-anak

Askar dayus ‘lempang’ isteri sehingga dengar bunyi dentuman

Sendiri buat onar, sendiri koyak! Fatiya Latiff ugut keluar agama, tak tahan dibuli netizen