Realtime website trackingweb stats

Pulih sepenuhnya kanser tahap 4, pengalaman remaja hafaz al-Quran ini mengagumkan

Oleh AHMAD ISMAIL

Tidak pernah patah semangat, kisah remaja penghidap kanser darah tahap empat yang hanya tinggal 10 juzuk lagi bergelar hafiz ini amat mengagumkan.

Muhammad Amin Muadzam tetap meneruskan usahanya menghafaz al-Quran ketika ramai lagi orang yang sihat tubuh badan dan fikiran tidak rasa bersalah pun lama meninggalkan bacaan kitab suci bagi umat Islam ini.

Hasil dorongan bapanya, Dr Muadzam Mohamad, yang juga pakar radiografi di Hospital Umum Sarawak (HUS), remaja itu dia tidak pernah mengalah.

Anak sulung daripada enam beradik itu tetap meneruskan hafazan kerana yakin mukjizat al-Quran mampu menjadi penawar penyakit yang dideritainya.

Mengimbas kembali detik awal mula mengetahui menghidap kanser, Amin memberitahu pada mulanya, dia hanya batuk.

Tidak lama selepas itu, kata Amin, bahagian lehernya mula membengkak sebelum mulai hilang keupayaan untuk berjalan.

“Apabila dibawa ke hospital, doktor mengesahkan saya menghidap kanser darah tahap empat dan ketika itu, saya hampir putus asa untuk meneruskan kehidupan.

“Namun, berkat sokongan dan nasihat ayah serta guru membuatkan saya yakin menghadapi ujian ini.

“Tiada alasan untuk berhenti menghafal al-Quran kerana ia adalah syifa (penyembuh),” katanya, dipetik Berita Harian.

Muhammad Amin berkata, bapanya sering menasihatinya untuk terus kuat dan meneruskan hafalan walaupun terpaksa menjalani rawatan.

“Saya pegang nasihat dan kata-kata ayah. Setiap kali menanggung sakit akibat rawatan kemoterapi, saya akan mencari al-Quran dan istiqamah dalam meneruskan hafalan walaupun terbaring di atas katil hospital.

“Alhamdulillah, tidak rugi menghafal al-Quran apabila dua tahun lalu, pakar mengesahkan saya pulih sepenuhnya daripada penyakit itu,” katanya.

Pelajar Madrasah Darul Ulum Islamiah, Kuching, Sarawak itu, berkata dia berjaya mengambil Syahadah iaitu selepas tamat khatam dengan menghafaz al-Quran (peringkat terakhir) pada tahun 2017 lalu.

Baca:

Muka macam Sudirman, ramai kagum, penampilan penyanyi ini mengubat rindu rakyat Malaysia

Anak baru keluar 3 bulan, isteri bagitahu mengandung lagi, reaksi suami buat netizen terhibur

Ibu berang perangai anaknya, rupanya ini punca ramai murid mabuk hingga tertidur di kelas