Spekulasi tentang rancangan Perodua untuk memperkenalkan model kereta SUV terbaru yang akan dinamakan Perodua Nexis telah lama berlegar.
Model B-segment kompak SUV ini, yang dikenali dengan kod nama ‘D66B’, dijangka akan menempati kedudukan di atas Ativa dalam rangkaian model Perodua.
Menurut laporan terkini dari Kenanga Research, model ini, dijangka akan membuat kemunculan pada awal tahun depan.
Meskipun butiran mengenai model D66B yang akan datang masih kabur, terdapat spekulasi bahawa ia mungkin berdasarkan Toyota Yaris Cross ASEAN, yang dilancarkan di Indonesia pada bulan Jun tahun ini.
Walaupun tiada pengumuman rasmi dari Perodua, maklumat yang beredar semakin meyakinkan apabila Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah mengesahkan bahawa jenama Nexis dan Traz telah didaftarkan oleh Perodua pada 29 April 2022 dengan pengkelasan 12 berkaitan dengan kereta.
Model kereta baru ini dengan kod nama Perodua D66B nampaknya akan berkongsi banyak persamaan dengan Toyota Yaris Cross.
Walaupun nama model ini masih belum diumumkan secara rasmi, pengesahan hakcipta untuk nama “Nexis” menunjukkan kemungkinan penggunaannya untuk model terbaru Perodua.
Sekiranya model ini dilancarkan, ia akan menjadi pesaing kepada model popular Proton X50.
Seperti Perodua Ativa dan Axia yang baru, serta Toyota Vios generasi keempat, Yaris Cross baharu juga dibina atas platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA), memberikan prestasi pengendalian dan keselamatan yang lebih baik, dan juga membenarkan penggunaan kuasa elektrik yang baru di bawah bonet.
Dari segi saiz, Toyota Yaris Cross ASEAN memiliki panjang 4,310 mm, lebar 1,770 mm, dan tinggi 1,615 mm, dengan jarak roda 2,620 mm. Ini menjadikan SUV segmen B ini sedikit lebih kecil daripada Proton X50 dan Honda HR-V.
Satu aspek menarik ialah kemungkinan penggunaan kuasa hibrid dalam Nexis.
Jika tarikh pelancaran pada awal tahun 2024 adalah benar, ini bermakna kita tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SUV B-segment D66B yang akan datang dari Perodua.
Berdasarkan perkembangan di pasaran Indonesia, di mana Toyota Yaris Cross ditawarkan dalam versi hibrid, ada spekulasi bahawa Nexis juga mungkin akan mengikuti langkah yang sama.
Model SUV baru yang bakal dilancarkan ini akan duduki segmen B dan berada di atas model Ativa dalam rangkaian Perodua.
Walaupun harga model ini belum diumumkan secara rasmi, ramai mengjangkakan harga model ini mungkin bersaing dengan Proton X50 atau lebih rendah.
Dengan kedudukannya dalam barisan model Perodua, D66B/Nexis dijangkakan bermula dengan harga sekurang-kurangnya RM73,000, yang sedikit lebih murah daripada Proton X50 yang mula dari RM86,300.
Sebagai perbandingan, Perodua Ativa dijual dengan harga bermula dari RM62,500 hingga RM72,600 (tidak termasuk pilihan warna yang mungkin menambah harga).
Rekabentuk Perodua Nexis
Beberapa lakaran anggaran rekabentuk Perodua Nexis telah dihasilkan oleh Theophilus Chin dan dilihat di beberapa platform media sosial.
Namun, butiran spesifik mengenai rekabentuk model ini masih belum diberikan oleh pihak Perodua.
Walau bagaimanapun, ada spekulasi bahawa model ini mungkin hadir dalam versi hibrid.
Ini berdasarkan petunjuk sebelum ini di mana Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, Presiden dan CEO Perodua, telah mengesahkan bahawa Perodua akan melancarkan model hibrid pertama pada tahun 2024.
Model ini dijangka akan menjadi sepenuhnya baru, bukan hanya varian atau facelift dari model-model sedia ada.
Baca :
“Tergamak Shila herdik mak dengan kata-kata kesat, Allahuakbar” – Ibu Shila Amzah
Kerajaan sediakan garis panduan, penyediaan tapak pengecas EV, sasar 10,000 unit menjelang 2025
Peliknya adat kahwin Kazakhstan, aktor ini cerita bagaimana ‘kejantanan’ beliau diuji