Apa itu cromboloni?
Cromboloni adalah olahan pastri dari campuran antara croissant dan bomboloni. Hidangan ini memiliki tekstur sedikit ‘buttery’.
Keistimewaan cromboloni adalah kerana bentuk bulatnya yang solid dan berlapis-lapis melingkar ditambah dengan pelbagai perisan popular seperti coklat, strawberi, blueberi, matcha, pistachio, dan banyak lagi.
Sejak kebelakangan ini, pencuci mulut ini menjadi terkenal di laman Tik Tok dan menjadi buah mulut orang ramai sehingga ada yang teringin merasai kelazatannya.
Jom ikuti perkongsian ini untuk mengetahui tempat atau ‘port’ yang best untuk beli cromboloni.
1. The Vanilla, Penang
Tiada kedai fizikal, untuk membeli cromboloni daripada The Vanilla, anda perlu pre-order (2 hari sebelum) terlebih dahulu. Dijual pada harga RM15, antara perisa yang ditawarkan adalah Callebaut Chocolate, Valrhona Raspberry, Matcha Pistachio dan Lotus Biscoff. Penghantaran boleh dibuat di sekitar Penang, Kulim dan juga Sungai Petani.
No. Telefon: 011-10089895
2. Twins Bistro, Terengganu
- Dikeluarkan dalam tiga jenis perisa; coklat, lotus biscoff dan pistachio, Twins Bistro hanya menjual cromboloni yang terhad kuantitinya. Jadi kalau nak cuba, kena pergi awal untuk membelinya.
- Alamat: Lot 2369, D, jalan besar, 23100 Paka, Terengganu
- No. Telefon: 019-4934904
- Waktu Operasi: Ahad-Khamis (8 pagi-10:30 malam) | Sabtu (4 petang-10:30malam) | Refill Cromboloni (8 pagi & 4 petang)
3. Bro N Sis Coffee Story, Sabah
- Terletak di Tawau, Sabah, kafe ini menawarkan cromboloni dalam pelbagai perisa seperti pistachio, matcha, strawberry hingga ke coklat . Harganya pula dijual bermula daripada RM12.90.
- Alamat: T2@Apas, No.25 [LOT40, 91000 Tawau, Sabah
- No. Telefon: 016-9304656
- Waktu Operasi: Setiap hari (10 pagi-10 malam)
4. Maneh by Momo, Johor Bahru
- Dijual pada harga RM18 untuk satu cromboloni, Maneh by Momo menawarkan 4 jenis perisa untuk dipilih iaitu pistachio, raspberi, Nutella dan Biscoff.
- Alamat: Jalan Pulai Makmur 5/1, Bandar Baru Kangkar Pulai, 81300 Skudai, Johor
- No. Telefon: 018-8704227
- Waktu Operasi: Selasa (12:30 petang-7:30 malam) | Rabu-Ahad (11 pagi-7:30 malam)
5. Blackbixon Café, Kuala Lumpur
- Jika ke Blackbixon Cafe pula, jangan lepaskan peluang untuk mencuba cromboloni mereka. perisa keladi adalah yang paling sedap!
- Alamat: 17 Jalan Inai, Off, Jln Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- No. Telefon: 017-3950321
- Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi-10 malam)
6. Loaf, Adam Patisserie, Johor Bahru
- Dijual berdasarkan ‘kuantiti batch’ pada waktu tertentu, Loaf, Adam Patisserie menawarkan cromboloni dalam perisa Pistachio Praline, Chocolate Pecan Praline dan Seasalt Honeycomb. Setiap perisa dijual pada harga RM16 per cromboloni.
- Alamat: 30, 2/2, Jalan Garuda, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor
- No. Telefon: 018-3730400
- Waktu Operasi: Rabu-Isnin (8:30 pagi-6 petang)
7. KLCG Confectionery & Bakery @ Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
- Paling viral dan paling sedap, ramai yang mengatakan cromboloni dari kedai ini sangat berbaloi untuk dicuba. Dengan inti yang penuh, sangat berkrim dan tidak kedekut topping, KLCG Confectionery & Bakery mengeluarkan pelbagai perisa yang menarik untuk pelanggannya.
- Alamat: 27, Jln Raja, Dataran Merdeka, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- No. Telefon: 012-3893907
- Waktu Operasi: Rabu-Isnin (9 pagi-6 petang)
8. The Lemon Tree Cafe @ Menara Lien Hoe, Selangor
- Selain merasai pelbagai pastri yang dijual di kafe The Lemon Tree, anda patut mencuba cromboloni milik mereka. Antara perisa cromboloninya adalah Biscoff Supreme Crossaint dan Pistachio Supreme Crossaint.
- Alamat: Ground Floor, Menara Lien Hoe, 8, Persiaran Tropicana, Tropicana, 47301 Petaling Jaya, Selangor
- No. Telefon: 011-5763 0433
- Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi-6 petang)
9. Maneh by Momo, Skudai, Johor
- Alamat: 34, Jalan Pulai Makmur 5/1, Bandar Baru Kangkar Pulai, 81300 Skudai, Johor
- No. Telefon: 019-683 8713
- Waktu Operasi: Setiap hari (12 pagi-7 petang)
Baca:
Penternak babi Pulau Pinang dapat RM6 juta, rupanya pasal ini dapat pampasan
Jadi ketua negara ke-17, jom kenali sedikit sebanyak latar belakang Sultan Ibrahim
‘Tak gemar berfikir, hanya suka main game’ – Terkejut ibu ini semasa menemuduga remaja perempuan