Heboh dakwaan seorang ketua polis balai pukul orang awam di sebuah restoran di Johor apabila tersebar rakaman video berdurasi 37 saat.
Mengikut rakaman video yang tular, kelihatan seorang individu lelaki mengasari seorang lelaki lain yang sedang duduk di dalam sebuah restoran.
Indibidu berseluar jeans itu dapat dilihat menampar lelaki terbabit sambil sebelah lagi tangannya menggenggam rambut mangsa.
Mangsa yang kelihatan ketakutan tidak melawan tindakan tersebut.
Sehubungan itu, Polis Johor akan menjalankan siasatan terhadap perangai ‘setitik nila’ itu.
“Video tular itu dikesan pada pukul 3.11 petang, 12 Januari, dengan turut menamakan pegawai polis terlibat berserta jawatannya.
“Polis Johor akan menyiasat perkara ini dengan terperinci dan menggesa orang awam atau saksi kejadian untuk tampil membuat laporan.
“Siasatan akan dijalankan dan tindakan mengikut undang-undang akan diambil terhadap pihak berkaitan tanpa kompromi,” katanya dalam satu kenyataan.
Baca:
Untung pencarum KWSP terpilih, Kerajaan Madani topup RM500 seorang dalam akaun, mana nak cari
Lapar tengah malam akhirnya ‘couple riding’ hembus nafas terakhir, penuntut USM ini jaga 4 adiknya