Rata-rata golongan milenial (Gen Y) gembira dengan pengumuman Kementerian Pertahanan (Mindef) bahawa pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) hanya melibatkan remaja yang lahir pada 2007 dan seterusnya.
Namun, ada pula kalangan generasi yang lahir tahun 1990-an itu berseloroh kononnya ‘terkilan’ tak dapat tengok pempengaruh, Kieda Crepe tampil menjadi Penghuluwati.
“Terlepas peluang nak tengok Kieda Crepe jadi ketua platun,” komen Aminnur Amin.
Sebelum ini, usahawan berkenaan menerusi hantaran perkongsian di aplikasi TikTok bersenda ingin berhenti menjual Kieda Crepe kerana ingin menjadi Penghuluwati PLKN.
Reaksi wanita itu susulan tindakan sebahagian netizen yang sering menyelarnya.
Melayan ‘usikan’ warganet, Kieda pula menyeru mereka untuk tampil menyertai kumpulannya jika berjaya memasuki PLKN kelak.
“InsyaAllah, doakan saya untuk jadi ketua yang berjaya dan andai kata ada yang berminat untuk menjadi anak-anak dibawah penghuluwati saya, silakan.
“Saya alu-alukan yang suka mengecam tapi lembek lutut, lembik, suka menyorok tapi mengata orang untuk tampil ke depan,” katanya lagi.
Pengumuman terbaharu kerajaan berkaitan PLKN membabitkan golongan yang berusia 25 tahun ke atas sekaligus melegakan mereka yang di luar lingkungan umur tersebut.
Baca:
Ikon fesyen terkejut dituduh berhibur di kelab malam pakai ‘hoodie’, ini respon Fazura
Tiada tapak kaki kanan, kaki kiri pula ada tiga jari, tapi sikap positif OKU cilik ini mengagumkan
Penjual tak tipu hanya kita ramai tak tahu, inilah maksud sebenar “daging lembu”, “susu segar”