Realtime website trackingweb stats

PKPD Selangor, KL tamat

Oleh ADINDA

Rata-rata rakyat di Selangor dan Kuala Lumpur tertanya-tanya apakah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang akan berakhir Jumaat (16 Julai) akan dilanjutkan atau sebaliknya.

Bagaimanapun, jawapannya mungkin sudah boleh diagak ramai pihak susulan lonjakan luar biasa kes Covid-19 yang dilaporkan membabitkan Lembah Klang sejak dua hari kebelakangan ini.

Mengikut kebiasaan, pengumuman sama ada perintah itu disambung atau sebaliknya akan dibuat dua hari atau sehari sebelum tamatnya tarikh PKPD selepas mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) dijalankan.

Bagaimanapun setakat jam 6 petang Khamis, belum ada sebarang pengumuman rasmi daripada kerajaan berhubung perintah itu.

Kawasan PKPD di Selangor yang dijadualkan berakhir hari ini

Kumpulan perniagaan menjangkakan perintah kawalan pergerakan diperketat (PKPD) akan dilanjutkan di Selangor berikutan lonjakan kes Covid-19 dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Angka jangkitan baharu mencecah paras 13,000 semalam dan 6,000 daripadanya adalah di Selangor.

Kerajaan mengumumkan bahawa PKPD di semua kawasan di Kuala Lumpur akan berakhir hari ini seperti dijadualkan, namun tidak menyatakan sama ada sekatan penuh akan sekurang-kurangnya sebahagian ditamatkan di kebanyakan kawasan di Selangor yang juga dikenakan PKPD dari 3 hingga 16 Julai.

“Melihat angka (Covid-19) masih tinggi, semua orang menjangkakan PKPD (di Selangor) akan dilanjutkan. Walaupun begitu, kami berharap kami akan dapat sedikit berita baik,” kata Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia Michael Kang.

Katanya, kumpulan perniagaan masih berharap kerajaan dapat membenarkan syarikat yang pekerjanya sudah lengkap divaksinasi untuk beroperasi.

Akilan Ananda Krishnan daripada Persatuan Pendandan Rambut Selangor dan Wilayah Persekutuan berkata, memandangkan ini adalah pusingan ketiga sekatan, pengusaha kedai gunting rambut dan salun sudah biasa dengan prosedur operasi standard (SOP) yang diperlukan jika mereka dibenarkan beroperasi semula.

“Kami lebih bersedia dengan SOP berbanding sebelum ini,” katanya.

Kedai gunting rambut dan salon sebelum ini tidak dibenarkan beroperasi kera tidak termasuk perkhidmatan perlu

Katanya, setakat ini belum ada kluster membabitkan kedai gunting rambut atau salun di Selangor.

“Ramai pemilik kedai gunting rambut dan salun terjejas dari segi kewangan dan berharap mereka dapat kembali berniaga secepat mungkin,” katanya.

Walaupun perniagaan menjual komputer, alatan telekomunikasi, buku-buku dan alat tulis dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara mulai hari ini katanya, majikan dan pekerja masing-masing masih belum bersedia.