Hasil kerja ‘offshore’ di China, seorang lelaki muda selamba memberikan wang hantaran sebanyak RM50,000.
Wang hantaran sebanyak itu dijadikan gubahan berbentuk kek menarik perhatian warga maya yang melihat majlis pertunangan ‘mewah’ pasangan di Batu Putih, Sandakan, Sabah itu.
Adik kepada lelaki itu, Naraynawate Otoh, 24, berkata, gubahan itu khusus buat majlis pertunangan abangnya, Nur Izz Abdullah, 25, pada 24 Februari lalu.
Dia berkata, abangnya akan melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihan, Ruziana Mohammad, 26, hujung tahun ini.
“Gubahan ini atas permintaan sebelah wanita yang mahu wang ini digubah menyerupai kek,” katanya, lapor Harian Metro.
Naraynawate memberitahu abangnya yang bekerja di China sudah lama bercinta dengan Ruziana yang mempunyai perniagaan bundle.
“Sebenarnya pihak perempuan hanya meminta RM20,000 saja wang hantaran, tetapi abang saya yang memutuskan untuk memberi RM50,000 sebagai hadiah kerana susah senang bersama.
“Tunang abang banyak membantu dari segi kewangan ketika abang masih belajar untuk mendapatkan lesen offshore.
“Jadi, hal itu tidak patut menjadi pertikaian netizen kerana abang memang mampu daripada segi kewangan untuk wang hantaran setinggi itu,” katanya.
Berkenaan gubahan itu, Naraynawate mengambil masa sehari untuk menyiapkan gubahan itu bersama tiga rakannya.
“Tidak sukar kerana saya menggunakan pelindung wang dan ia tidak merosakkan wang itu,” ujarnya.
Dalam masa sama, Naraynawate juga tidak menyangka video gubahan itu tular di media sosial hingga dikongsi ribuan orang dan mendapat 1.5 juta tontonan.
@narcoleccaiasisters: kita deco sikit! hantaran 50K siapa kata hantaran orang sabah sikit?🥵☝🏼♬ DansaTradisiChallenge by Tarian Sabah UMS – TarianSabahUMS
Baca:
SST naik bukan alasan, peniaga bazar usah ‘cekik darah’ sebab penguat kuasa KPDN akan berkeliaran!
Rangup & cair di mulut, resipi biskut bangkit jadi pilihan ramai di pagi raya
Pemaju hartanah swasta terbesar China bergelut masalah kewangan, ini nasib menimpa Forest City