Realtime website trackingweb stats

Petua nak simpan petai agar tahan lama tak busuk

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Petai, atau nama saintifiknya Parkia speciosa, merupakan ulaman yang sangat digemari di Asia Tenggara, termasuk Malaysia.

Walaupun aromanya kuat dan mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang,

ia tetap menjadi kegemaran ramai, terutama kerana khasiatnya untuk kesihatan.

Namun, bagi penggemar yang membeli petai dalam jumlah banyak, timbul masalah apabila petai tidak dapat disimpan lama dan akhirnya rosak

. Untuk mengatasi masalah ini, berikut adalah dua cara mudah untuk menyimpan petai agar tahan lebih lama,

Petua nak simpan petai agar tahan lama tak busuk

berdasarkan panduan dari Hello Doktor.

Kaedah 1: Bilas dengan Air Panas

Didihkan air kosong. Kupas biji petai dari kulitnya dan basuh hingga bersih.

Masukkan petai ke dalam mangkuk, kemudian tuangkan air panas ke atasnya.

Kacau perlahan selama 3–5 minit.

Toskan air panas, kemudian sediakan bekas berisi air sejuk dan ais batu. Rendam petai di dalamnya dan kacau selama 2 minit.

Toskan dan lap petai hingga benar-benar kering menggunakan tisu dapur.

Simpan petai dalam beg plastik atau bekas kedap udara, dan letakkan di bahagian sejuk beku. Dengan cara ini, petai boleh tahan sehingga setahun.

Kaedah 2: Beku untuk Kekal Segar

Kupas kulit petai dan buang selaputnya. Sediakan larutan air garam, dan rendam petai selama 10–15 minit.

Bilas dengan air bersih, toskan, dan masukkan petai ke dalam bekas kecil tanpa menambah air. Bekukan segera.

Apabila ingin digunakan, rendam petai yang telah dibekukan dalam air biasa untuk mencairkannya sebelum dimasak.

Dengan menggunakan salah satu kaedah di atas, anda tidak perlu lagi risau tentang petai yang cepat rosak.

Petai yang disimpan dengan baik bukan sahaja mengekalkan kesegarannya tetapi juga rasa uniknya yang digemari ramai.

BACA: Tak boleh suka hati ambil lembu berkeliaran tanpa tuan, peguam ini ajar cara heret pemilik ke mahkamah