Biasanya, kesan hangus atau kehitaman dapat dilihat pada kuali yang sering digunakan untuk memasak.
Meskipun kita biasanya menyental kuali menggunakan dawai besi, namun cara ini dapat meninggalkan kesan calar pada permukaannya.
Di platform TikTok, seorang individu yang dikenali sebagai Simba Memory telah berkongsi petua mudah untuk membersihkan kesan hangit pada kuali atau periuk.
Kaedah pembersihan tersebut melibatkan beberapa bahan mudah seperti air gas, cuka, garam, dan cecair pencuci.
Berikut adalah langkah-langkah mudah:
1. Sediakan satu bekas dan tuangkan 200mlair Coca-cola ke dalamnya.
2. Campurkan 100ml cuka dapur dalam bekas yang sama
3. Masukkan dua sudu besar garam
4. Masukkan sudu cecair pencuci pinggan
5. Kacau semua bahan yang dicampur dan ratakan ke permukaan kuali
6. Biarkan campuran atas kuali selama 10 minit.
7. Selepas itu, gosok kuali menggunakan span kasar.
Hasilnya, kuali yang hangus akan berseri kembali tanpa kesan calar.
Baca:
Rita Rudaini nafi halang anak jumpa ayah kandung meskipun jasa Aidil cuma bagi benih saja
Kejam! Rejim zionis rogol, bunuh wanita di depan anak & suami