Realtime website trackingweb stats

Peserta lelaki & perempuan tinggal sebumbung! Isa Isarb jelaskan situasi sebenar program realiti dihentikan

Oleh AHMAD ISMAIL

Program TV realiti yang meletakkan peserta lelaki dan perempuan di dalam satu rumah telah dihentikan dengan segera.

Penganjur program, Isa Isarb, yang juga terkenal di media sosial, telah menjelaskan bahawa mereka tidak akan mengabaikan kebajikan atau usaha yang telah diberikan oleh setiap peserta dalam program tersebut.

“Dukacita dimaklumkan bahawa program ini terpaksa dihentikan serta-merta. Ini adalah kerana program ini mendapat tentangan keras daripada majoriti penonton selepas isu konsep program yang meletakkan peserta lelaki dan perempuan di bawah bumbung yang sama.

“Namun, kami sebagai pihak penganjur tidak akan lepas tangan mengenai kebajikan atau usaha yang telah diberikan oleh setiap peserta dalam program ini. Pihak penganjur akan menanggung rugi bersendirian tanpa membabitkan peserta,” katanya melalui notis yang dipaparkan di akaun TikTok miliknya.

Tambahan pula, mereka akan terus memberikan ganjaran wang dan elaun kepada setiap peserta sepanjang 46 hari program itu berjalan.

Peserta lelaki & perempuan tinggal sebumbung! Isa Isarb jelaskan situasi sebenar program realiti dihentikan

“Oleh itu, kami membuat keputusan untuk tetap membuat bayaran hadiah dan elaun kepada setiap peserta mengikut kadar 46 hari program berlangsung.

“Kami menyediakan dua cara pembahagian hadiah. Anda perlu memilih kaedah yang anda suka. Sila pilih secara sebulat suara.

“Risiko program ini diteruskan adalah kemungkinan serbuan oleh Jabatan Agama Islam Negeri, di mana anda dan pihak penganjur berpeluang disabitkan dengan undang-undang syariah Enakmen 11 Tahun 1965, Undang-Undang Pentadbiran Ugama Islam 1965, Bahagian IX, Seksyen 154,” katanya.

Baca:

Arab Saudi anjur acara ‘swimsuit’, dedah sana sini, dunia semakin tenat!

Kes dera: Siti Bainun tarik balik gantung pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun

Kawan gelar Yuna hilang akal hanya sebab tegas dengan pendirian?