Realtime website trackingweb stats

Pernah viral ‘disaster girl’, kini meme senyum sinis budak ini terjual RM2 juta

Oleh NURAIMAN

Siapa sangka, wajah senyum sinis ‘disaster girl’ yang pernah menjadi viral kini muncul kembali sebagai fenomena dalam dunia perdagangan digital dengan keuntungan luar biasa.

Selepas 16 tahun, gambar senyum sinis di depan rumah yang terbakar telah dijual dengan harga yang mengejutkan.

Bagi mereka yang kerap menggunakan media sosial, pasti anda sering melihat banyak meme di status atau komen.

Pernah viral 'disaster girl', kini meme senyum sinis budak ini terjual RM2 juta

Baru-baru ini, seorang gadis yang menjadi watak utama dalam meme yang popular, Zoë Roth atau lebih dikenali sebagai “Disaster Girl”, telah menjual meme tersebut sebagai NFT dengan nilai 180 Ether atau lebih daripada RM2 juta!

Dia juga menyatakan bahawa wang yang diterima akan digunakan untuk membayar balik pinjaman pengajian dan disumbangkan kepada badan amal.

Dengan ini, secara tidak langsung Roth mempunyai hak ke atas meme tersebut dan akan menerima 10% daripada hasil jualan NFT pada masa akan datang.

Untuk pengetahuan anda, meme yang dimiliki oleh Roth itu adalah gambar yang diambil oleh bapanya pada tahun 2005 di mana dia tersenyum sinis dengan rumah yang terbakar di belakangnya.

Jika anda memiliki bakat dalam mencipta meme, anda juga boleh mencuba untuk menjualnya sebagai NFT.

Kesimpulannya, kesinisan senyuman kanak-kanak dalam gambar ‘disaster girl’ bukan sahaja menjadi viral, malah berjaya menjana jualan hampir RM2 juta, memperlihatkan daya tarikan dan impak kuat fenomena meme dalam era digital ini.

Baca:

Ganti balik belanja ‘dating’ berjumlah RM142 termasuk makan bakso, paksaan lelaki tangkai jering ini melucukan

“Saya terkilan..” – 2 tahun berlalu, Dayang selesai rakam lagu terakhir Rudy Imran

Resipi parfait yogurt kurma juadah berbuka yang menyelerakan, mudah dan sekejap saja nak buat