Realtime website trackingweb stats

Pernah tak alami situasi masih ada wuduk atau dah batal? Rupanya ini masalah hati ramai tak perasan

Oleh ABDULLAH HAMID

Setiap manusia sememangnya mempunyai sifat lupa yang kadang kala boleh berlaku dalam pelbagai situasi, termasuk ketika ingin melaksanakan ibadah.

Salah satu situasi yang sering dihadapi adalah rasa ragu-ragu mengenai status wuduk.

Apabila seseorang itu telah berwuduk, tetapi kemudian terlupa sama ada wuduk masih ada atau sudah terbatal, maka timbul persoalan tentang apa yang perlu dilakukan.

Adakah perlu mengambil wuduk semula atau boleh terus menunaikan solat seperti biasa?

Persoalan ini dijelaskan dengan mendalam melalui laman web Mufti Wilayah Persekutuan. Firman Allah SWT dalam Surah Yunus, ayat 36 yang bermaksud,

Pernah tak alami situasi masih ada wuduk atau dah batal? Rupanya ini masalah hati ramai tak perasan

“Sesungguhnya zhan (sangkaan) tidak menandingi kebenaran walau sedikit pun.” Menurut Imam Al-Thabari dalam tafsirannya, syak atau keraguan tidak memberikan apa-apa nilai kepada keyakinan,

malah tidak menggantikan kedudukan keyakinan serta tidak memberi manfaat kerana sesuatu itu memerlukan keyakinan yang jelas.

Sebagai tambahan, hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA juga memberikan panduan yang sama. Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila salah seorang kamu menemui sesuatu di dalam perutnya lalu dia berasa musykil sama ada telah keluar sesuatu dari perut atau tidak, maka janganlah dia keluar dari masjid sehinggalah dia mendengar ada bunyi atau mendapati ada bau.” [Riwayat Muslim (362)].

Dalam konteks wuduk, jika seseorang telah selesai mengambil wuduk dan kemudian merasa ragu sama ada wuduknya terbatal, maka dia perlu berpegang kepada keyakinan bahawa wuduknya masih sah.

Namun, jika dia yakin wuduk telah batal tetapi masih ragu-ragu sama ada sudah berwuduk semula atau tidak, maka dalam keadaan ini, dia wajib mengambil wuduk sekali lagi sebelum menunai.

BACA: Akhirnya terjawab kenapa ayam panggang Bakers Cottage cepat habis