Realtime website trackingweb stats

Pernah menyewa bersama tapi tergamak tikam kawan 40 kali, ini bahana bila cemburu dah meluap

Oleh ADINDA

Hubungan kawan dua lelaki etnik Rohingya ini memang tragis. Kampung Melor Lama di Kota Bharu, Kelantan jadi saksi tergamak tikam rakan 40 kali.

Sebelum itu, mereka berdua bergaduh besar kerana si pembunuh yang berusia 32 tahun menganggap rakannya berumur 44 tahun mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

Kemuncak pergaduhan mereka apabila suspek menikam kawannya dengan sebilah pisau dalam kejadian 9.30 pagi, 17 Oktober.

Sewaktu kejadian itu berlaku, isteri suspek yang berusia 29 tahun turut ada di dalam rumah tersebut.

Mayat mangsa kemudiannya ditemukan di kawasan kebun jagung berhampiran rumah yang disewa oleh suspek.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, hasil siasatan mendapati terdapat 40 kesan tikaman termasuk di bahagian yang sama di dada.

Pernah menyewa bersama tapi tergamak tikam kawan 40 kali, ini bahana bila cemburu dah meluap

Menurutnya, suspek dan isterinya ditahan pada 17 Oktober untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan sebilah pisau pemotong sayur dirampas untuk siasatan lanjut.

“Suspek dan mangsa sebelum ini pernah menyewa bersama sebelum mereka tinggal berasingan bersama isteri masing-masing,” katanya.

Muhamad Zaki berkata, suspek dan isterinya direman selama tujuh hari bermula 18 Oktober untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Baca:

Sering bermimpi perkara-perkara sebegini, badan anda mungkin dihuni jin atau saka

Jambatan Marang payah nak bina, tapak bekas IPD berhantu angkara bomoh, seram dengar cerita pesara tentera ini

Badan ada jin menempel rupanya beri banyak petanda, perawat ini ingatkan cepatlah diruqyah