Perkhidmatan yang dibenarkan semasa “Total Lockdown”

Oleh NOR SITI HAZLINDA

PETALING JAYA: Hanya 17 perkhidmatan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh ‘total lockdown’ Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi tempoh 1 hingga 14 Jun 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 17 sektor perkhidmatan itu adalah:-
1) Makanan dan minuman;
2) Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar;
3) Tenaga;
4) Air;
5) Keselamatan security and safety, pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusiaan;
6) Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan pembetungan;
7) Pengangkutan melalui darat, air atau udara;
8) Komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos dan kurier serta penyiaran bagi tujuan penyampaian maklumat, berita dan
seumpamanya sahaja;
9) Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargo dan pemaliman dan penyimpanan atau pemukalan komoditi;
10) Perbankan, insuran, takaful dan pasaran modal;
11) Kredit komuniti pajak gadai sahaja;
12) E-dagang dan teknologi maklumat;
13) Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir;
14) Hotel dan penginapan hanya bagi tujuan kuarantin, pengasingan, pekerjaan bagi perkhidmatan perlu dan bukan tujuan pelancongan;
15) Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal;
16) Perkhidmatan perhutanan terhad kepada penguatkuasaan dan hidupan liar;
17) Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu.

Menurut beliau, semua Sektor Perkilangan tidak dibenarkan kecuali perkhidmatan mengikut sektor seperti berikut:-

Pembuatan
1. Aeroangkasa (komponen dan maintenance, repair and overhaul – MRO);
2. Makanan dan minuman;
3. Bahan pembungkusan dan percetakan hanya berkaitan bahan makanan dan kesihatan;
4. Barang-barang dan penjagaan diri, dan bahan pencuci;
5. Keluaran penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet;
6. Barang penjagaan diri, peralatan perlindungan diri (PPE) termasuk sarung tangan getah dan peralatan keselamatan kebakaran;
7. Komponen bagi peranti perubatan;
8. Elektrikal dan Elektronik (kepentingan rantaian ekonomi global);
9. Minyak dan gas (Oil and Gas) termasuk petrokimia dan produk petrokimia;
10. Mesin dan peralatan hanya berkaitan kesihatan dan makanan sahaja;
11. Tekstil untuk pengeluaran PPE sahaja;
12. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir.

Beliau menyatakan perkara itu dalam sidang khas bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah pada 30 Mei 2021.