Kelekaan di dapur boleh membawa kepada kejadian yang tidak diingini,
seperti masakan hangus hingga periuk atau kuali kesayangan bertukar hitam akibat jelaga.
Begitulah pengalaman yang dikongsi oleh seorang wanita, Lia Johari, menerusi laman Facebook
. Beliau menceritakan insiden yang hampir membuatkan periuknya dibuang begitu sahaja.
“Waktu nak bersiap pergi kerja, saya sempat panaskan lauk di dapur, tapi terlupa.
Bila perasan, periuk dah terbakar. Ingatkan dah tak boleh guna lagi.
Mujurlah saya pernah belajar cara nak selamatkan periuk hangus, alhamdulillah boleh jadi bersih balik,” cerita Lia.
Mari lihat langkah yang digunakan oleh Lia untuk menyelamatkan periuk kacanya yang rentung.
Bahan-Bahan:
Soda bikarbonat atau serbuk penaik
Cuka masakan
Langkah-Langkah:
Campurkan serbuk penaik dengan cuka masakan dan air dalam bekas.
Rendam periuk yang hangus dalam campuran tersebut.
Biarkan periuk direndam selama sebulan.
Selepas sebulan, keluarkan periuk dan mulakan proses menyental kerak yang hangus, yang akan menjadi lembut.
“Dalam masa setengah jam menyental, periuk saya berjaya kembali bersih seperti asal,” kata Lia penuh gembira.
Cubalah kaedah ini dan semoga bermanfaat! Jangan biarkan periuk atau kuali kesayangan anda terus terbiar rosak.
BACA: Ramai tertipu dengan rupa, ini perbezaan sayur sawi dan kailan