Realtime website trackingweb stats

Pergi Vietnam jangan terkejut tak jumpa Starbucks, rupanya ini punca kenapa air kopi kayangan ini ‘bungkus’ di sana, padahal semua rakyat mereka suka kopi

Oleh ADINDA

Pergi Vietnam jangan terkejut tak jumpa Starbucks, rupanya ini punca kenapa air kopi kayangan ini ‘bungkus’ di sana, padahal semua rakyat mereka suka kopi.

Starbucks adalah rangkaian kedai kopi dan kopi antarabangsa yang terkenal di seluruh dunia dek kerana jenamanya sudah mendapat tempat di hati orang ramai.

Malah Starbucks juga adalah syarikat kedai kopi terbesar dalam dunia dengan 16,120 buah kedai di 49 buah negara.

Malah di Malaysia sendiri, Starbucks adalah salah satu kedai kopi terkenal dan menjadi dambaan rakyat Malaysia.

Tapi lain pula di Vietnam, rakyat negara itu lebih memilih kopi buatan tempatan daripada Starbucks.

Pilihan kopi yang terhad

Seorang pengguna X (Twitter), Aidi ER (@aidi_ezzhar) berkongsi mengapa rangkaian kopi terbesar dunia itu sukar mendapat tempat di hati rakyat Vietnam.

Disebabkan kopi di Vietnam ada lebih banyak jenis dan rasa. Kopi dan yogurt, kopi dengan telur serta banyak lagi. Starbuck pula tidak ada menyediakan kopi-kopi macam ni.

Starbuck gemar gunakan biji kopi Arabica, manakala pilihan utama masyarakat sana adalah Robusta.

Arabica lebih smooth, jika hendak dibandingkan dengan biji kopi Robusta yang lebih ‘kick’ (kuat).

Harga menjadi satu punca juga. Harga ditawarkan oleh kedai kopi tempatan lebih murah, jadi mereka akan cenderung ke kedai kopi tanpa jenama.

 

Gaya hidup ini juga mainkan peranan. Benar, Vietnam adalah pengeluar kopi kedua terbesar dunia.

Tapi tingkah laku pelanggan ini mainkan peranan utama dalam pasaran.

Contoh, kalau harga lebih murah, rasa lebih sedap, kalau pengguna dia pandang Starbuck itu satu jenama yang gah dan lebih mendapat social approval, orang akan ke sana juga.

Tidaklah cakap semua orang pergi Starbuck itu sebab social approval, sebab aku pergi starbuck pun nak suasana.

Tapi tak dapat dinafikan ada yang pergi ke Starbuck atau jenama jenama besar ini dek kerana jenama itu sendiri.

Di Malaysia kini sudah semakin banyak jenama kopi tempatan yang menembusi pasaran namun disebabkan harga lebih kurang sahaja, maka ramai memilih untuk kekal dengan Starbucks.

Baca:

Anak orang dapat straight A+, anak sendiri hanya 2A, wanita ini siap sihir pelajar lain sampai jadi dungu

Tak berbaloi lelaki di Dubai ini menelefon wanita berulang kali, dah ‘melayang’ lebih RM6,000

Ramai sedih Hairul Azreen umum berhenti berlakon, punca dia undur diri buat ramai menangis